Aku baru je balik berkampung selama 3 hari di Kuala Terengganu bersama pengamal pengamal media baru Terengganu.Permukiman ini hasil cetusan idea sahabat blogger Dinturtle bersama sama Y Bhg Dato Wan Hisham Bin Dato Wan Salleh Pegawai Pembangunan Dun Ladang dan disokong sepenuhnya oleh YAB Dato’ Seri  Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu.

Peserta seminar
Forum dan ahli panel jemputan

Banyak nama nama besar blogger pro BN turut hadhir dalam permukiman ini saperti Papagomo,RBF,AAKJ,Tinggalkan Satu Peluru,Keris 7Lok,Mat Kilau Penang,Double Y,Badut Rakyat,The Flyingkick,Kritisonline,Cucu Tok Selampit,Sumuremas, KedahKeKL,Blog brader Jai,Minda Hujirah,Pas Beruk,Aku Peduli Apa,Taipingmali,Blogers UMB,Bloggers Nadi Rakyat,Bloggers 1Agenda dan ramai lagi bloggers yang tak sempat nak aku tulis nama mereka.Turut bermukim adalah Facebokers dan Tweeterist hebat pro BN.

Srikandi Maya BN…

Inilah julung julung kalinya Umno sebuah negeri dan Menteri Besarnya memberi pengiktirafan kepada pengamal pengamal media baru yang menyokong kerajaan selama ini.Komitmen Umno Terengganu amat jelas aku rasa dan tidaklah plastik saperti beberapa program yang melibatkan kami sebelum ini.Komitmen Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu Dato’ Wan Ahmad Farid Dato Wan Salleh dan Unit Penerangan Kerajaan Negeri yang senantiasa bersama kami selama bermukim disana amatlah dibanggakan.

Paling aku teruja bilamana YAB Menteri Besar meraikan kami semua dalam suatu majlis makan malam di kediaman resmi Menteri Besar dan berpeluang berdialog secara tertutup dengan beliau.Apa yang mengujakan aku bilamana sessi dialog tertutup itu dibuat dengan begitu santai sekali.Hampir semua soalan yang dilontar oleh para bloggers dijawap dan diperjelaskan oleh YAB Menteri Besar,baik isu yang melibatkan negeri Terengganu mahupun isu nasional.Selalunya pemimpin Umno yang akan cuba memendekan sessi dialog sebegini,tetapi setelah 3 jam berdialog nampaknya KAMI yang mengalah setelah jam menunjukan hampir pukul 3 pagi.Kami yang keletihan dan mengantuk akibat perjalanan jauh tak terdaya lagi nak bertanya kepada YAB walaupun beliau bersedia melayan soalan soalan kami hingga subuh.Tabik spring untuk YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said.

APA enter frame..

Selepas selesai sessi dialog itu dapat aku rumuskan secara peribadi TERENGGANU HAMPIR TIADA ISU untuk menghadapi PRU13 nanti.Satu berita BURUK buat Pas dan Pakatan Rakyat dan lebih buruk lagi bila semua ketumbukan TENTERA SIBER TERHEBAT…bloggers,facebookers dan tweeterist  yang hadhir dalam pemukiman ini akan mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu habis habisan bersama tentera siber tempatan Terengganu.

PapaGomo..Pas ada berani?

Sekalung tahniah kepada Blogger Dinturtle,Dato Wan Hisham Bin Dato Wan Salleh,Dato Wan Ahmad Farid Bin Dato Wan Salleh,Perhubungan Umno Negeri Terengganu,Unit Penerangan Kerajaan Negeri,Kerajaan Negeri Terengganu dan terima kasih tidak terhingga kepada Menteri Besar YAB Dato’Seri Hj Ahmad Bin Said atas layanan yang diberi kepada kami semua dan atas SOKONGAN dan KOMITMEN Dato’ Seri terhadap program ini.

Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar

Semoga kerajaan negeri lain dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu,Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan YAB Menteri Besar nya dalam menjalin hubungan iklas dan padu dengan PENGAMAL MEDIA BARU yang juga turut menyumbang dalam perjuangan memertabatkan AGAMA,BANGSA dan TANAHAIR.

MB bersama sama Exco menyaksikan video
pendedahan penipuan Pas
Bloggers UMB
PapaGomo berbual dengan Dato’ Wan Hisham
Nota : Memandangkan ramai diantara bloggers ini TIDAK BERWAJAH maka APA padamkan wajah mereka demi memelihara identiti mereka.Harap maklum