Ini sudah jadi kes MANGKUK BERTINGKAT TINGKAT bila sentimen orang lain tidak dijaga.Aku petik apa yang ditulis blogger Helen Ang tentang ‘sikap kurang ajar’ Ibrahim Ali dalam satu majlis meraikan kaum Tionghua sempena perayaan Tahun Baru Cina.Inilah akibatnya bila buat sesuatu tidak dengan iklas hati dan mungkin nak cari publisiti murah,maka akan memakan diri sendiri.Pesan APA pada Tok Him..kalau kita tak mau bangsa lain hina kita,kita jangan hina bangsa lain.Baca dan timbangkan lah….

Perkasa Kurang Ajar

Ibrahim Ali menghulurkan angpow di rumah terbuka Perkasa. Namun jamuan makan sempena tahun baru Cina itu ibarat telunjuk lurus, kelingking berkait kerana angpow diberikan dalam sampul putih.

Orang Cina hanya menggunakan sampul putih apabila memberi sumbangan kepada upacara pengebumian. Warna putih melambangkan bala dan kematian.

Bagi tahun baru Cina mesti sampul merah — sebab itu disebut ia angpow (紅 包)

Apa jenis otak sakit yang sengaja melanggar adat dan menghina orang tua-tua sebegini?

Ibrahim Ali bukan Cina tetapi mahu menganjurkan majlis CNY. Politikus DAP bukan Islam tetapi melebih-lebih dengan jamuan membuka puasa di masjid dan lain-lain sandiwara.

Sumber : DISINI