Blog APA kini hampir mencecah usia setahun setengah.Dari hanya blog biasa biasa dan untuk syok syok sendiri sahaja menulis,alhamdulillah kini blog ini sudah mula diterima oleh pembaca maya.Pernah menduduki carta Top 10 Ranking Alexa dan kini berada dalam kedudukan yang agak baik.

Selama ini blog APA terkenal sebagai ‘blog paling haramjadah’ dalam kumpulan bloggers penyokong kerajaan kerana kelantangan blog ini mengkritik dan menongkah arus terhadap isu isu yang melibatkan kerajaan,BN dan Umno.Ada juga yang melabel blog APA sebagai ‘berlidahkan pembangkang’.

Apa pun yang di labelkan terhadap blog APA selama ini,APA terima dengan hati terbuka sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap keberadaan blog APA dialam pentas politik maya,Justru APA ingin membuka peluang kepada sidang pembaca yang selama ini berminat untuk berblog tapi tidak punya masa untuk menguruskan blog sendirian untuk sama sama menjadi keluarga blog APA sebagai Penulis Sambilan/Penyumbang Artikel dan Moderator bersama blog ini.

Buat peringkat permulaan APA membuka peluang untuk 5 orang moderator/penulis bersama untuk sama sama menyumbang dalam blog APA.Tiada syarat syarat yang ketat cuma anda semua hendaklah SAMA ADA ahli Umno ATAU bebas tapi penyokong kerajaan.Jika terpilih anda BEBAS menulis mengikut gaya dan cara anda sendiri,anda boleh mengkritik kerajaan tapi wajiblah ianya kritik yang membina,anda boleh menegur siapa juga pemimpin yang anda rasa perlu ditegur.Tiada sekatan atau tapisan terhadap apa yang ingin anda suarakan,tapi anda semua akan dipertanggung jawapkan keatas setiap artikel yang anda tulis.

Melalui pengalaman pada peringkat awal berblog dahulu bukanlah mudah untuk blog politik saperti APA untuk dikenali.APA menghabiskan hampir 12-15 jam sehari mengadap laptop untuk membawa blog ini ketahap ianya hari ini…tentunya dengan bantuan nama nama besar dalam dunia blogger SOPO.Jadi dalam situasi menghadapi cabaran PRU13 APA rasa ramai dikalangan para pembaca yang bercita cita ingin menjadi penyumbang pandangan,tapi batasan waktu kurang keyakinan sama ada penulisan mereka akan dibaca menjadi penghalang utama untuk mereka memulakan suatu blog baru.Ramai diantara mereka ini punya pemikiran yang baik melalui pengamatan APA terhadap komen komen yang mereka tinggalkan di merata blog blog SOPO selama ini.Jadi APA sediakan platform blog ini kepada mereka yang betul betul berminat untuk sama sama berkongsi menyumbang artikel dan berkongsi blog ini demi satu matlamat perjuangan Alif Ba Ta.

Kepada yang berminat dan serious sila email maklumat diri anda ke azmiapa@gmail.com dan kita akan mulakan langkah pertama ini untuk seribu langkah seterusnya.