Bila membicarakan tentang pemberian Netbook 1Malaysia yang diberi kerajaan kepada para pelajar yang layak pada aku macam bercerita pasal Hikayat Seribu Satu Malam…cerita yang tidak pernah tamat dan tiada berpenghujung terutama yang sepatutnya diuruskan UMNO BAHAGIAN AMPANG pimpinan Dato Ismail Kijo.Sebab rasanya dah lama sangat aku dengar Umno Bahagian Ampang konon nya nak mengagihkan Netbook 1Malaysia,tapi sehingga hari ini bayang Netbook pun tak nampak?

Teruja betul aku bila dikhabarkan oleh seorang AJK Bahagian Ampang tentang skim ini kerana kebetulan dua orang anak dara aku masa tu baru nak masuk IPTA dan IPTS dan kursus yang diambil mereka berdua memerlukan aku menyediakan dua buah komputer untuk mereka..ringanlah sikit beban aku.Jadi cepat cepat aku daftarkan nama mereka berdua dengan menaruh harapan yang tinggi.

Hari ini kedua anak dara aku dah hampir menamatkan kursus mereka masing masing,tapi bayang Netbook 1Malaysia pun aku tak pernah tenguk.Aku rasa Netbook 1Malaysia yang mula mula diagihkan dulu kepada pelajar serata negara pun banyak yang dah rosak dan dah tak digunakan lagi,tapi pemohon pemohon layak melalui UMNO BAHAGIAN AMPANG PIMPINAN MAIL KIJO masih membaca Hikayat Seribu Satu Malam atau menonton filem The Never Ending Story…

Pelik jugak Umno Bahagian pinggir bandar macam Ampang ini masih tidak menerima pengagihan Netbook 1Malaysia ini untuk pelajar mereka seolah olah macam berada di Hulu Tembeling Pahang yang jauh terperosok kat hutan sana.Bila ditanya kebanyakan AJK Bahagian Ampang semuanya blurr macam Ketua Bahagian mereka juga.Tak tahulah kalau memang Umno Bahagian Ampang DIANAKTIRIKAN memandangkan Rais Yatim tinggal di Ampang Jaya je…kalau DIA atau Mail Kijo kalau kentut masing masing boleh dengar sebab dekat sangat.Tapi dua dua pun HAMPEH !