ABAH KAMI SEMUA

Semalam Sabtu 7Julai seharian aku bersama seratus peserta lain menghabiskan masa di Wadi Hussein Janda Baik yang juga dikenali dengan panggilan The University Of Life bersama Pak Habib atau Syed Hussein Al Attas (bapa Uncleseekers) dalam satu progam PENCERAHAN MINDA yang dipanggil ALXS 2012.

Photo

Suasana yang begitu tenang dalam taman yang dikenali sebagai Taman Hana membuat pengalaman semalam begitu mengujakan sekali apatahlagi dikelilingi oleh peserta peserta berbilang bangsa dan agama yang akhirnya menjadi ayah,emak,anak,abang,adik dan kakak kepada semua KAMI peserta yang hadhir dengan dibimbing oleh ABAH kami semua siapa lagi kalau bukan Pak Habib.Senang ke nak dapat abah,emak,anak,abang,adik dan kakak ‘pasang siap’ sebegitu ramai dalam masa sehari?Tapi di University Of Life semua itu tidak mustahil dicapai dengan hanya menyemarakan sikap KASIH SAYANG SESAMA INSAN….SALING HORMAT MENGHORMATI DAN KECINTAAN KEPADA TUHAN…

Anda semua harus menyertai program ini bila ianya akan menjadi program mingguan atau dwi mingguan InsyAllah dalam masa terdekat ini.Rasai sendiri pengalaman pencerahan minda dalam suasana yang begitu tenang,aman dan nyaman dan dikelilingi oleh peserta yang penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah dan keunikan berada dalam satu KELUARGA BESAR penuntut penuntut The University Of Life…

GAMBAR GAMBAR KENANGAN ALXS 2012 SESSI PERTAMA

LAGI GAMBAR GAMBAR SELEPAS INI….