Subuh tadi aku ada buat artikel yang menyentuh sengketa tweet diantara Dr Asri dengan Tun Faisal.Artikel aku itu tidaklah berpihak kepada sesiapa pun cuma sekadar pandangan aku terhadap reaksi Dr Asri terhadap soalan Tun Faisal yang membawa kepada dia mengeluarkan ‘FATWA KELAS LAWAK’ Majlis Ulamak Tweeter.

Aku tak follow tweet mereka dari awal cuma melihat bab ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh Dr Asri (diatas) selepas mungkin his blood went upstairs,jadi aku tak mahu komen lah bab siapa provoke siapa.Tapi apapun dalam artikel itu aku cuba mengingatkan Dr Asri akan status AGAMAWAN dan MANTAN MUFTI yang ada pada dirinya untuk tidak cepat hilang SABAR dan membalas tweet (siapa sajalah…Tun Faisal atau tidak) dan diseret kekancah perdebatan politik yang tidak seharusnya dan bertentangan dengan statusnya sebagai ULAMAK MUDA.

AGAMAWAN saperti dia seharusnya berdebat dengan hujah dan fakta yang bernas dan tidak mudah terperangkap dengan NAFSU AMARAH yang akhirnya mencalar imej dirinya sendiri bila gagal mengawalnya.Jika dibandingkan apa yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat dalam perjuangan mereka menegakkan kebenaran agama Islam dengan tweet Tun Faisal kepada Dr Asri...besar taik hidung aje.Itu pun Dr Asri sudah gagal mengawal emosinya lantas mencetus sengketa yang tidak sepatutnya.Bukankah kini sudah timbul sengketa dialam maya bertitik tolak dari mereka berdua,dan kini melibatkan ramai pihak termasuk AKU sendiri?

Hanya bila terlihat tweet Dr Asri saperti kat atas baru aku sedar rupanya MAMAT ni (tenguk aku pun dah hilang hormat panggil dia mamat) memang bercita cita nak jadi orang politik pun dan mungkin nak rasa apa itu ‘kuasa politik’ gamaknya.Jadi tunggu punya tunggu,cari punya cari ALASAN MUNASABAH tak juga tiba sedangkan PRU13 dah dekat,takut ketinggalan bas pulak.Tun Faisal Tun Faisal lah…janji boleh dijadikan sebab dan semangat aku NAK MENENTANG UMNO.

Kenapa bukan menentang DAP ke…Pas ke…atau PKR ke…kenapa mesti nak menentang Umno?

Nanti aku kupas lagi bab mamat Asri ini malam nanti.Sekarang aku kena cari kedai motor sebelum tutup sebab tayar aku pancit…