Update 4:30ptg : Dibawah adalah printscreen tweet Dr Asri yang aku petik dari blog Bila Kerabu Bersuara menyatakan semangat dia nak menentang Umno.Sebenarnya lama dah mamat ni nak tentang Umno cuma dia nak cari sebab dan alasan supaya dia tidak dilihat macam KEBULUR POLITIK itu je…

Banyak perkara yang aku tak setuju tentang Umno tapi ‘menentang’ Umno bukanlah caranya pada aku.Kalau aku sayangkan Agama,Bangsa dan Umno aku perlu ‘ubah’ Umno dan bukan ‘tentang’..dan perubahan hanya dapat dilakukan dari dalam Umno dan bukan berada diluar menyalak nyalak macam…

Sama ada berjaya atau tidak kita mengubah sesuatu yang ‘kurang baik’ kepada yang ‘lebih baik’ itu kuasa Allah swt dan biar Dia yang tentukan bukan kita.Tapi sudahkah…adakah..kita berusaha melakukan nya?Kalau belum simpan kita punya status ULAMAK tu!

Mungkin tuhan yang aku percaya dan berserah tidak sama dengan ‘tuhan’ Dr Asri kot..?



*******************************

Selama ini aku amat menghormati Dr Asri kerana gaya berfikir dia yang agak berlainan dari kebanyakan ulamak yang kita ada di negara kita hari ini.Sama ada benar dia berfahaman WAHABI ke..WAHABA ke atau WAHABU ke pada aku itu dia punya hal,sebab lepas mati esuk dia sendiri yang kena berdepan dengan Allah SWT dan kena jawap sendiri…sendiri punya lubang kubur sendiri kena settle lah.

Asalkan pandangan dia bernas,berani dan iklas dan tidak menyimpang dari yang sepatutnya dan masih dalam lingkungan Al Quran dan Al Sunnah aku terima dengan hati dan fikiran terbuka.Sebab itu on and off aku siarkan semula artikel bernas buah fikiran beliau yang bersandarkan 2 perkara wajib tadi untuk dikongsi dengan pembaca blog ini disini.

Tapi sebagai manusia biasa kadang kadang aku lihat Dr Asri tidak dapat lari dari pengaruh sanjungan duniawi manusia politik.Ada masanya kenyataan,saranan dan teguran beliau condong kearah politik kepartian..ada masanya condong ke Pas dan ada masanya berat ke Umno dan banyak masanya beliau mahu dilihat sebagai non partisan dan neutral walaupun tanpa sedar beliau bukanlah neutral sangat pun.Inilah kelemahan yang ada pada diri Dr Asri…TIDAK KONSISTEN.

Terbaru sembang tweeter nya dengan Tun Faisal Pengerusi UMB yang akhirnya mencetuskan ungkapan yang KURANG ENAK dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berstatus saperti beliau (lihat printscreen diatas).Mungkin ada soalan provokasi yang dilontar Tun Faisal kepada beliau.tapi sebagai seorang yang hebat latar belakang agamanya apatahlagi mantan Mufti perkara asas sebagai MUSLIM yang baik iaitu SABAR tiba tiba hilang.Maka keluarlah “FATWA” saperti diatas yang tidak sepatutnya keluar walaupun itu mungkin sekadar sindiran.
Bukan kelas Dr Asri untuk bermain dengan “FATWA” macam Mat Sabu atau pemimpin pemimpin ‘dangkal agama’ yang lain hanya kerana nak mematahkan pertanyaan Tun Faisal yang boleh aku anggap cetusan dari kenyataan beliau sendiri sebelum ini yang MENYOKONG Demonstrasi Menggulingkan Kerajaan walaupun mungkin beliau merujuk kepada apa yang berlaku di Mesir atau Libya.Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi bab agama seharusnya beliau lebih peka sebelum mengeluarkan apa apa kenyataan dan mengambilkira iklim semasa politik negara agar kenyataan nya tidak di manupulasikan sebagai MENYOKONG sesetengah pihak.
Dan yang paling penting jangan cepat hilang SABAR kerana bila sabar hilang AMARAH akan timbul dan akan keluar pula “FATWA FATWA KELAS LAWAK” saperti yang anda keluarkan terhadap Tun Faisal.Sekadar peringatan aku kepada anda sebagai saudara sesama Islam….