Sebelum aku komen pasal Himpunan Oren yang berlangsung tadi suka aku nak bagitau sahabat sahabat bloggers sebelah sana bahawa BLOG APA adalah satu satunya blog pro kerajaan yang menentang penyenaraian FGVB dari awal lagi.Pembaca setia blog ini pasti dah tahu pendirian aku tentang isu ini.Tapi hari ini aku bukan nak ulas pasal FGVB sebab ianya dah pun disenaraikan..jadi cakap pun tak guna tembak pun belum tentu kena..

Aku cuma nak sentuh pasal HIMPUNAN OREN tadi itu saja.Aku bukan jenis blogger tunjuk dewan kosong atau padang kosong untuk perlekehkan kehadhiran sesuatu program anjuran Pakatan Rakyat dan semua orang dah tahu pendirian aku ini,jadi aku siar semua gambar yang aku rakam tadi untuk penilaian pembaca.Okay..tentang kehadhiran tadi aku jangkakan paling ramai 4 ribu orang dan itu tidak termasuk anggota keselamatan yang aku rasa tidak kurang dari 500 orang sama ada beruniform ataupun tidak.

Sama ada majoriti peserta tadi dari kalangan peneroka Felda dan keluarga mereka aku tidak pasti.Ada ramai yang rupa peserta Felda tapi sama ramai nya dengan yang bukan rupa peserta Felda,sama ada ahli parti politik atau NGO dan tidak terlepas mahasiswa yang mungkin beridolakan Adam Adli.Jadi dari segi penyertaan ianya BUKAN dan TIDAK BOLEH dianggap sebagai mewakili suara majoriti peneroka Felda yang berjumlah 120 ribu dan keluarga mereka.Jadi apa matlamat himpunan tadi?Ntah iklas aku tak tahu apa matlamatnya dan apa yang diharap dapat dicapai PENGANJUR nya..

Kalau sekadar nak menyerahkan MEMORANDUM BANTAHAN kepada Kebawah Duli Yang DiPertuan Agung tak perlulah nak berarak dijalanraya menyusahkan orang dan mencetuskan kesesakan jalanraya sama ada aman atau macam kelas Bersih 3.0 dulu.Kalau YDP Agung berkenan menerima mengadap 8 orang wakil himpunan tadi,apa salah ianya dilakukan dengan aman tanpa perlu mengajak rakyat turun kejalanraya macam hari ini.Lagipun penganjur pun tahu dan mengaku didepan peserta tadi yang FGVB dah disenaraikan dan dah tak boleh nak reverse lagi,jadi anta memo bantahan kepada Kebawah Duli Tuanku jadah apa?Takkan YDP Agung boleh titahkan agar penyenaraian FGVB DIBATALKAN?Ini soal perniagaan lah sahabat sahabat ooi..bukan nya undang undang yang tertakluk diatas budi bicara YDP Agong.Jadi apa lepas ni?

Setelah memo bantahan diterima apa yang anda semua harapkan dilakukan oleh Kebawah Duli?Jika tiada apa apa..apakah anda semua mahu MENDERHAKA dan MENCERCA Kebawah Duli?

Jadi himpunan hari ini tidak lebih dari AGENDA POLITIK pihak pihak yang berkepentingan untuk berceramah politik dan menghasut rakyat dari atas lori..itu saja yang aku nampak.

“Memang saya nak MENGHASUT rakyat terutama warga Felda untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam pilhanraya akan datang dengan memangkah siapa juga calun Pakatan Rakyat”….itu ayat ayat Mat Sabu dari atas lori tadi.Nanti aku siap edit video dengar sendiri…Bukan saja Mat Sabu bahkan setiap pemimpin yang berceramah atas lori tadi mempunyai sentimen dan agenda politik yang sama..

Yang jadi mangsa adalah PESERTA yang turun bersama menjayakan agenda mereka yang dipanggil HIMPUNAN OREN…walaupun tak dapat bawak balik OREN seorang sebiji pun sebab raya Cina lambat lagi.

Jadi semua gambar yang sempat aku rakam menceritakan segala yang aku ulas diatas..ada 200 keping untuk puaskan hati masing masing.Sebelum ada orang nak melenting aku ingatkan sekali lagi…AKU ADALAH SATU SATUNYA BLOGGER PRO BN YG MENENTANG PENYENARAIAN FGVB DARI AWAL LAGI…i rest my case.