Zelmey

Bila terbaca pasal polis menahan 2 lagi individu yang dipercayai sebagai Pengurus Peribadi Uncleseekers semalam aku tidak lah mengesyaki sesiapa yang aku kenal.Aku siap buat lawak lagi pasal berita itu dengan artikel aku sebelum ini DISINI dengan menyamakan ‘pengurus peribadi’ Uncle sebagai makhluk paranormal.

Tiba tiba aku diberitahu yang ditangkap itu adalah blogger Zelmy(blog Zelmey) yang merupakan anak angkat kepada Pak Habib yang juga teman merapu aku hampir setiap hari di warung teh port lepak aku.Memang dia ni teman paling merapu dikalangan pengunjung tetap port melepak kami yang saban hari dengan lawak merapu dia akan menggeletek urat kentut kami semua.Dia jugaklah yang akan update aku tentang perkembangan kes Uncleseekers memandangkan hubungan kekeluargaan dia dengan Pak Habib yang dah bertahun tahun lamanya.

Gambar Zelmy sumber Sinar Harian.
Lu nampak hensem pakai baju warna oren macam kat Guantanamo..hik hik hik

Jadi tadi ada kawan mengusik aku…” ZELMY DAH PI LEPAIH NI HANG PULAK MI DEPA PUNGUT”…aku cuma tersenyum.Tapi terfikir jugak akan kemungkinan itu berlaku keatas diri aku pulak,tapi bila difikirkan balik tak ada FAEDAH pun polis nak tahan aku macam individu individu lain yang dikatakan rapat dengan Uncleseekers.Kalau setakat nak aku bantu siasatan datang je tanya aku kat sini sambil pekena teh tarek dengan nasi kandaq…lagi baguih.Lagipun pembaca yang dah mencecah berjuta sejak kes ini panas rasanya LAGI TAU BANYAK dari aku sebab aku tak khatam lagi baca 64 Siri jika dibandingkan dengan mereka.

Apapun kalau korang tenguk blog ini SENYAP je takda posting macam yang hari hari aku buat selama ini beerti aku pun dah kena pungutlah tu.He he he….

P/S : Tapi aku yakin pihak Polis kita memang PRO bab melakukan siasatan ini dan mereka takkan buang masa nak tahan orang bawah Seksyen 117 KK pastu nak kena siapkan Seksyen 113 KK  lak sebelum nak kena bebaskan bawah Jaminan Polis.