Hajat nak jenguk Uncleseekers sambil sambil tu jengah abah(Pak Habib) sekali,tapi hajat tak sampai sebab Uncle belum lagi mendaki Janda Baik sejak dibebaskan semalam.Mungkin dia nak rehatkan minda bersendirian sebelum jumpa keluarga dan kawan kawan,tapi dapat jumpa abah pun dah cukup mengembirakan hati.

Jadi sebelum mendaki aku singgah tapau 3 set ‘Apam Manis Craven’ kegemaran abah dan trip kali ini aku bawa semua sekali keluarga aku kecuali seorang puteri aku yang sedang menghadapi final exam dia.Kami sampai di Wadi Hussein lebihkurang jam 4 petang dalam cuaca hujan renyai renyai jadi kenalah berteduh dulu kat salah satu wakaf yang banyak dibina dalam Taman Hana.Kelihatan banyak kereta yang parking tapi satu kelibat manusia pun tak kelihatan..pening gak memikir kerana aku memang maklum ada Program ALXS 2012 yang berlangsung tapi dalam skala yang lebih kecil dari yang berlangsung minggu sudah dengan hanya 20 orang peserta.Tujuan nya supaya Pak Habib dapat memberi tumpuan kepada setiap peserta.

Aku cuba mengagak ngagak dirumah mana satu mereka semua berada dalam banyak banyak rumah yang ada dalam Taman Hana itu akhirnya menemui semua orang kat rumah Pak Habib sendiri.Hampir 40 peserta yang kelihatan diruang tamu jadi setelah bersalaman dengan abah aku dijemput duduk disebelahnya.

Ini kali pertama aku membawa keluarga aku berkenalan dengan Pak Habib dan dia memberi layanan keluarga kepada mereka semua…alhamdulillah.Dalam perjalanan pulang dari Janda Baik aku menerima panggilan dari Zelmey yang kedengaran amat gembira sekali kerana baru dibebaskan…aku sempat tanya nasi beriyani gam dalam lokap sedap tak dan dia jawap sedapppp.Kalau dah sedap kenapa tak tinggal lama sikit?Kah kah kah…Alhamdulillah.

P/S : Siapa kata kami bukan keluarga yang bahagia dan sering memfitnah aku?