AKU KANTOI KE NI ?
Kecuh dari semalam tentang kenyataan Datuk Mohd Zaini Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia yang mengakibatkan pemberita Malaysiakini Ahmad Fadli KC dihalau dari menyertai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Sabtu lepas(iya ke tidak aku tak pasti sebab tak hadhir)kerana konon nya putar belit dia terhadap kenyataan Datuk Mohd Zaini BERITA DISINI.

Aku dah lama bagitau kengkawan bloggers kenyataan blogger TUKAR TIUB dalam satu seminar bloggers Pakatan tak berapa lama dulu…” DALAM PEPERANGAN MATLAMAT ADALAH MEMBUNUH MUSUH..JADI TEMBAK JE KAT MANA ASALKAN MATI! TAK ADA ETIKA MACAMANA KITA PATUT TEMBAK MUSUH KITA” aku faham apa yang dimaksudkan Hishamuddin Rais..orang lain aku tak tahulah.Jadi APA yang ditulis oleh SIAPA is not a big deal.Jadi tak perlulah nak merintih sedih lak bila terkena batang hidung sendiri konon nya tak beretika,tak bermaruah…apasal tembak aku kat punggung,tembaklah kat kepala baru beretika?Kah kah kah…namanya pun PERANG….Dalam perang siapa kuat dia menang,siapa berani dia menang dan kalau tak ada keduanya SIAPA PANDAI TIPU pun boleh menang…itu baru PSYWAR.Jadi apa masaalah nya?Kita boleh buat tapi orang lain tak boleh..
Jadi dari beribu ribu yang hadhir konvensyen selama ini apakah pihak penganjur pasti yang tiada peserta peserta konvensyen terdiri dari mereka yang TIDAK MENYOKONG KERAJAAN selain dari Ahmad Fadli KC…selain Aduka Taruna yang berjaya menyusup kat Kota Bharu..?Nasib baik mereka ini ‘terkenal’ dan mudah dikenali…apa jadi pada mereka yang tidak dikenali?Apa kaedah yang diguna pakai pihak penganjur untuk memastikan tiada anasir yang tidak di ingini turut serta dalam konvensyen dan akhirnya mengetahui STRATEGI yang kita bincangkan secara tertutup?
Bila aku tanya soalan ini,ada pihak yang marah marah dan menuduh aku macam macam.Tapi bila jadi kes macam Datuk Zaini dan Ahmad Fadli ini kita nak kata apa?
Sila dengar video rakaman suara apa yang dikatakan Datuk Zaini dan apa yang dilapurkan Ahmad Fadli dan timbanglah sendiri.
P/S : Kepada siapa yang tak tahu si Ahmad Fadli ini sebenarnya reporter Malaysiakini favourite Datuk Ahmad Maslan.Tak percaya?Nak aku keluarkan bukti video sessi TTYB komen Ahmad Maslan pasal Ahmad Fadli pulak?