Pak Lah Dan Najib Kami Menunggu Ketibaan Anda Berdua

Sebelum menyambung Siri 2 The Untold Story : Skandal Penggubahan Wang Haram 2004 ini aku kena minta maaf pada semua yang mengikuti siri ini kerana agak lama sejak Siri 1 disiarkan.Ini disebabkan apa yang berlaku kepada sahabat blogger Uncleseekers dan aku menunggu apa kesudahan nya sebelum boleh menyambung siri ini.Lagipun saperti yang pernah aku wawarkan sebelum ini PENDEDAHAN aku banyak bergantung kepada ‘timing’ PRU13 yang bakal diumumkan Perdana Menteri supaya ianya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat…

Bahagian Satu Klik SINI

Sambungan…

Aku yang masa itu hanya berpendapatan RM30 sehari macam tak percaya bila diberi tanggung jawap dan kepercayaan oleh ‘bakal memanda’ Dollah P******k melalui Datuk Hasan Pendek untuk menjalankan kerja bernilai RM 500juta bagi menghadapi PRU11 2004.Apapun aku bagitau Hasan aku akan hanya lakukan ‘projek sulit’ ini hanya selepas aku berpuas hati yang kerja ini genuine dan diarahkan oleh Dollah P*****k sendiri.

Kes penipuan terbaru Dato Seri Hasan Ayoub.Masih lagi 
Pegawai Khas Perdana Menteri?
PM yang mana ya…yang dulu ke yang sekarang?
ASP Dr A Vasu
kini pegawai pendakwa Makamah Sesyen Ampang

Selama hampir 3 bulan aku dibawa bertemu dengan para menteri pasola dibawah kerajaan Tun M masa itu dan paling penting Timbalan Menteri Dalam Negeri waktu itu Dato Zainal Abidin Zain yang mesra dengan panggilan ‘Abah’ untuk meyakinkan aku.Aku juga diperkenalkan kepada Insp A Vasu(kini ASP Dr A Vasu pegawai pendakwa Makamah Sesyen Ampang) dari IPD Putrajaya masa itu yang konon nya di tugaskan untuk menjaga keselamatan kami oleh Dollah.Turut memantau pejabat dan operasi kami masa itu ialah Ketua Cawangan Khas IPD Sentul DSP Muhammad Yusof Isa(kini bersara).Oklah nothing to loose kalau aku buat pun kata hatiku.

DSP(B) Muhammad Yusof Isa
Presiden SKUAD 69
Abah oh Abah..last last aku yang rebah

Aku mulakan apa yang perlu untuk tujuan ‘projek sulit’ ini penghujung 2002.Bermula dengan mengumpul teman teman yang ada kepakaran dalam bidang bidang berkaitan hinggalah mendapatkan khidmat kontraktor,pembekal dan pencetak dari dalam dan luar negara.Semuanya dilakukan dengan perancangan yang amat teliti mengikut kehendak semasa dan tarikh PRU11 yang telah awal awal lagi di beritahu kepada aku.

Lama dah ngidam..baru dapat.Longgar sikit takpe..
Apa punya manusia yang sanggup buat keje mcm ini?

CUMA SATU SAHAJA YANG TIDAK DI BERITAHU..

Aku tidak diberitahu yang syarikat yang aku tubuhkan untuk tujuan ini hanyalah ‘Dummy’ untuk kerja kerja yang ‘lebih sulit’.Datuk Hasan yang ‘underestimated’ kebodohan aku terus bermain wayang dan enggan mendedahkan walaupun pernah beberapa kali aku tanyakan bila merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan jalan cerita ‘projek sulit dalam sulit’ ini.

Siapa APA sebenar nya…

Berita 18/7/2011 Klik sini dan sini

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ini dan risau akan terperangkap dengan ‘permainan politik’ mereka yang aku tak berapa faham waktu itu,aku mengambil langkah berjaga jaga dari awal lagi.Aku mulakan ‘projek sulit’ ini dengan pendekatan aku sendiri dengan menyedari aku sedang berurusan dengan manusia manusia yang berkuasa yang bila bila masa boleh berpaling tadah dan mengkhianati aku.Lantas aku WAJIB ada ‘Plan B’ seandainya apa yang aku takuti itu benar benar terjadi.

Jadi banyak gerak kerja aku sebagai Pengarah Urusan Elegant Advisory tidak diketahui secara terperinci oleh Datuk Hasan.Memikirkan aku telah berjaya diperdayakan nya,dia akhirnya terjerumus kedalam perangkap yang dipasangnya sendiri.Syarikat yang sepatutnya wujud sebagai ‘Dummy’ untuk kerja ‘lebih sulit’ bossnya Dollah P*****k akhirnya tidak menjadi dummy lagi bila aku berjaya meyakinkan para kontraktor,pembekal dan pencetak untuk menyertai projek ini meskipun belum dibayar upront oleh parti Umno dan Barisan Nasional.Kepada penyamun penyamun dalam Umno aku gunakan pendekatan berbeza..

Aku dan pasukanku berjaya meyakinkan setiap Ketua Perhubungan Umno Negeri/Pengerusi BN Negeri yang untuk PRU11 kali ini yang semua keperluan mereka untuk menghadapi Pilihanraya kali ini ditaja oleh sebuah syarikat swasta dari A to Z.Menyedari kerakusan dan ketamakan mereka bila bercakap bab duit peruntukan dari parti mereka,aku menyarankan agar apa jua ‘peruntukan’ yang mereka perolehi di kekahkan sesama mereka dan ketua ketua bahagian.

BERSAMBUNG…..