Hari ini aku lihat ada dua tiga orang sahabat bloggers termasuk dari UMB duk usik Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas pasal pegangan ugama dia.Aku tak faham apa pasal tiba tiba je korang usik orang tua ni sedangkan orang tua ini langsung tak usik korang dalam phsywar korang sama ada di Kedah atau dimana sahaja mempertahan BN.Ada ke Pak Habib usik korang atau BN ?

Jangan kerana nak RIDE atas populariti anak dia Uncleseekers sebab nak cari hits untuk blog masing masing korang merapu!Telanjang depan cermin dan tenguk imej telanjang diri sendiri sebelum nak telanjangkan orang lain apatahlagi orang yang nak ditelanjangkan itu sepanjang hidup dia dah tulis 60 buah buku kalau banding dengan kita yang baru pandai sikit sikit ketuk keypad ini.Apa pegangan agama dia hanya dia dengan Allah Taala saja yang tahu dan bukan HAK kita untuk mempersoalkan apatahlagi untuk kita jadikan perdebatan umum.Pak Habib kalau mati esuk esuk pun tak ajak kita kongsi lubang kubur dengan dia dan tak mintak tolong kita untuk jawap soalan Mungkar Nangkir bagi pihak dia…masing masing jawap sendiri.LAKUM DINUKUM WALIYADDIN…

Lagipun kalau Dr Azizan Osman motivator terkenal yang kaya raya dan dah buat beribu orang kaya raya tu pun respect Pak Habib…lu orang apa celop beb!