TOP 10 PRO BN
TOP 10 BN VS PR

Semalam sahabat KLXpress ada mengeluarkan ranking terbaru blog PRO BN.Terima kasih KLXpress kerana bukan mudah menyediakan senarai panjang 170 bloggers semuanya dalam ranking.Tapi kalau KLXpress tunggu sehari lagi mungkin blog APA akan tercatit disitu sebagai BLOG NO 1 PRO BN,tapi tidak mengapalah kerana disini aku update kedudukan terkini 17/7 sehingga jam 2 petang tadi.Memandangkan Pakatan Rakyat pun keluarkan ranking terkini bloggers mereka hari ini maka aku siarkan sekali senarai TOP 10 KESELURUHAN BLOG POLITIK MALAYSIA.

Sejak beberapa hari sebelum ini dengan izin Allah aku yakin blog APA akan mampu memintas kedudukan NO.1 sahabat blogger PapaGomo,sebab itu bila KLxpress keluarkan ranking semalam dalam hati aku berkata….”Adussss!.kenapa tak tunggu sehari lagi?” Tapi macam aku kata tadi bukan mudah menyediakan senarai panjang 170 bloggers jadi kita semua kena hargai usaha ini.Jadi untuk sejarah peribadi yang tercatit hari ini terpaksalah aku ulas sendiri..

Mula mula aku keberatan nak ulas kedudukan terkini blog APA takut dikatakan nanti RIAK dan nak bermegah megah,tetapi bila difikirkan berapa kerap bloggers yang ada boleh memintas blog sahabat PapaGomo selama ini aku kena tulis jugaklah.Dapat memintas blog PapaGomo merupakan satu penghormatan bukan sahaja buat aku tapi aku rasa buat semua bloggers pro BN yang ada hari ini dan rasanya belum ada yang melakukan nya sejak PapaGomo menduduki carta teratas sejak sekian lama.Jadi sebelum aku kena sepak balik ketempat asal aku oleh PapaGomo eluk aku catitkan HARI INI DALAM SEJARAH ini sebagai kenang kenangan aku sebagai blogger.Untuk kembali duduk di tangga No.1 bagi sahabat Papagomo bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan dan aku anggap kedudukan aku hari ini sebagai No.1 hanya sementara sahaja…

Apapun aku amat berbangga dengan pencapaian blog APA walaupun terpaksa melalui banyak rintangan untuk berada dimana aku berada hari ini.Aku bangga walaupun tidak diberi pautan oleh ramai BLOGGERS TERSOHOR sejak setahun yang lalu dan tidak perlu memainkan isu SENSASI dan GHAIRAH sejak setahun lalu jugak..blog APA mampu duduk sebagai blog NUMURO UNO BN hari ini walaupun hanya dipandang sebelah mata oleh semua PEMIMPIN BN DAN UMNO kecuali Tun Faisal Pengerusi UMB.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada SEMUA pihak yang terlibat dalam meletak blog APA dikedudukan nya hari ini khasnya para pengunjung/pembaca setia blog ini.

ALHAMDULILLAH…