Aku masih lagi ingin mengulas kenyataan taraf raja lawak  Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Manan Mohd Hassan berhubung kes seorang pegawai polis mengamuk konon nya akibat tertekan atau mungkin tak sempat ‘tekan’ saperti dibawah…

“Semasa kami tahan pegawai itu, kami tidak menjumpai apa-apa senjata. Pegawai itu baru pulang daripada bercuti dan senjatanya telah diserah sebelum dia bercuti,” katanya sambil memberitahu bahawa pegawai berkenaan ke hotel itu untuk berehat.

Bukan bertujuan untuk merendah rendahkan martabat seorang pegawai atasan polis saperti TKP Negeri Sembilan ini tapi sekadar ingin menegur agar beliau berhati hati dalam memberi kenyataan terutama yang melibatkan kes kes pelik macam ‘amukan Seremban’ ini dimasa akan datang.Pegawai senior saperti  beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan taraf konstabel baru lulus Depoh dan akhirnya bukan sahaja tidak menjawap persoalan pokok tentang apa sebenarnya yang berlaku tetapi juga mencetus satu persoalan baru.Ambil saja kenyataan(yang mungkin berniat membela sesama anggota) beliau diatas dan kita tanya perlukan seorang pegawai berstatus saperti beliau mengeluarkan statement BODOH macam itu?
Apa perlunya menyatakan kepada umum semasa tangkapan dilakukan pegawai tersebut (OKT) didapati tiada mempunyai pistol kerana telah menyerahkan nya sebelum dia bercuti?
Ini kalau bukan kenyataan BODOH semestinya kenyataan BANGANG dari seorang berpangkat TKP Negeri saperti beliau kerana ianya membawa kepada persoalan baru…KALAU SERVICE PISTOL/REVOLVER DIA DAH SERAH YANG TERAKAM DALAM CCTV ITU MENATANG APA?Apakah pegawai Inspektor ini turut menyimpan ‘pistol peribadi’ dan ada apakah taraf ‘BESI KEDUA’ yang dimilik beliau?Sah atau tidak sah..berlesen atau tidak berlesen?
Ini yang ingin aku kongsikan dengan pembaca melalui pengalaman peribadi aku bertahun tahun bercampur gaul dengan anggota CID bermacam pangkat semasa menjadi PENGURUS KELAB DANGDUT satu masa dulu.Macam aku kata awal tadi bukan ingin merendah rendahkan martabat PDRM tetapi perkongsian pengalaman untuk pencerahan minda kita semua terutama pihak atasan Bukit Aman supaya pemantauan terhadap anggota yang berjalan kehulu kehilir dengan ‘BESI’ dipinggang ini tidak mencetuskan kontrovesi sapertimana yang berlaku di Seremban beberapa hari lalu yang akhirnya mencemarkan imej keseluruhan anggota PDRM yang lain yang siang dan malam berkorban nyawa dan tenaga menjaga keselamatan dan ketenteraman awam supaya rakyat merasa selamat.Kes kes terpencil sebeginilah yang merosakan usaha yang kita lakukan selama ini untuk menaikan kembali imej PDRM yang teruk diserang pembangkang selama ini.
Inilah pengalaman aku dan ianya berlaku 12-15 tahun lalu semasa aku bekerja sebagai Pengurus sebuah Kelab Dangdut di ibukota.Barang di ingat ianya pengalaman 12-15 tahun yang lalu dan ianya tidak semestinya SAMA dengan apa yang berlaku hari ini dan SOP PDRM hari ini mungkin sudah jauh berbeza dari waktu itu.Jadi pengalaman aku ini tidak semestinya menggambarkan situasi dan keadaan semasa anggota ‘besi dipinggang’ tanpa uniform hari ini.
Begini kisahnya…..
Kelab Dangdut yang aku uruskan sekitar tahun 1999-2001 ini merupakan satu satunya kelab dangdut di ibukota yang beroperasi lebih masa setiap hari sehingga jam 6 pagi.Taukeh kelab ini seorang lelaki Cina yang merupakan otai mafia Cina yang dihormati  jadi kalau dia tak reti nak ikut undang undang berkaitan tempat hiburan kita faham faham sajalah.Aku masih ingat lagi kata kata dia pada aku suatu masa dulu,“Ami aa..ini ondang ondang olang bikin punya bukan tuhan Ala(Allah) bikin,apasat mau takut?..saman?Kasi baya sajalah habis celita”…bab jolok menjolok ini aku tak perlu nak cerita lah.Inilah karier yang menjadikan aku ‘pengunjung tetap’ Makamah Jalan Raja kerana terlalu kerap disabitkan dengan kesalahan dibawah Undang Undang Kecil DBKL berhubung premis hiburan…
Memandangkan kelab yang aku urus merupakan satu satunya yang beroperasi lebih masa maka ianya menjadi tumpuan hampir setiap ‘pencinta dangdut’ yang masih tidak puas berhibur di kelab kelab dangdut lain yang rata rata ditutup jam 2 pagi.Jadi selepas jam 2 sehinggalah jam 6 pagi adalah waktu ‘puncak’ perniagaan kelab tempat kerja aku.Jadi anda bolehlah bayangkan jenis pelanggan apa yang terpaksa aku layan setiap hari?Aku terpaksa melayan kerenah pelanggan yang sudah ‘masak ranum'(istilah mabuk sakan) yang berkunjung selepas jam 2 pagi setiap hari dan ianya amat berbeza dengan kelab kelab lain yang beroperasi mulai jam 9 malam hingga 2 pagi.
Mereka cuma perlu melayan pelanggan yang baru nak teguk arak pertama mereka malam itu dan by the time pelanggan dah mula mabuk mereka tutup bisnes dan pelanggan pelanggan ini pula akan menyerbu ke kelab aku pula untuk terus mabuk dan berhibur dengan GRO yang ada.Jadi aku pasti anda dapat bayangkan betapa siksanya aku nak handle ‘pesakit pesakit kronik’ ini dan atas sebab itu jugalah selama aku berkerja disitu aku tidak menyentuh arak kerana jika aku juga penagih arak tegar…pastinya aku akan MABUK dan tumbang dahulu sebelum pelanggan pelanggan aku tumbang.Lagi satu dari segi saikologi nya mereka ini agak kurang agresif sikit bila berhadapan dengan pengurus kelab yang mereka tahu tidak minum arak.Dalam mabuk pun ada juga rasa hormat ‘pesakit pesakit’ aku ini kat aku..ha ha ha.Aku selalu anggap pelanggan aku ini macam ‘pesakit’ dan aku sebagai ‘doktor’ mereka,sakit apa..?Sakit jiwalah…
Dipendekan cerita,dalam berbagai jenis ‘pesakit’ yang aku terpaksa handle tidak terkecuali ramai pesakit aku dari kalangan anggota anggota ‘besi dipinggang'(CID) PDRM berbagai pangkat dari merata balai di ibukota dan juga dipinggir Kuala Lumpur termasuk dari Rawang,Tg Malim.Kelang,Puchong,Shah Alam,Subang Jaya dan ada juga sejauh Seremban dan senarai yang amat panjang kalau aku nak tulis.Jadi pengalaman aku bergaul dengan anggota anggota CID(pesakit akulah) amat luas dan juga rapat dan disinilah aku banyak tahu apa yang mungkin tak banyak diketahui umum tentang mereka.

Kebanyakan mereka yang bergelar CID ini kekuatan,keberanian dan semangat mereka banyak bergantung kepada TANGKAL AZIMAT yang selalu mereka bawa bersama mereka.Apa tangkal tu?Ianya tidak lain BESI yang selalu terselit dipinggang atau terkepit diketiak mereka yang dipanggil PISTOL.Tanpa besi ini bersama mereka mungkin mereka masih berani tetapi tidaklah seberani bila besi ini ada dipinggang mereka.Kalau tak ada tobat tak ada yang berani saja saja nak masuk kampung Cina kat Jinjang atau Kepong untuk jalan jalan cari makan atau tugasan rasmi mereka selepas tengahmalam.

Begitulah kuatnya pengaruh BESI ini dijiwa setiap anggota CID,sehinggakan bila bersara dari berkhidmat dengan PDRM mereka memerlukan masa beberapa bulan untuk menyesuaikan diri mereka dengan  HIDUP TANPA ‘BESI’ DI PINGGANG dan perkara ini disahkan oleh ramai sahabat sahabat aku yang kini bergelar ex-CID atau CID pencen.Sebab tu ramai dari mereka yang dah bersara terlibat dengan karier dengan syarikat keselamatan sama ada sebagai Pegawai Keselamatan atau Pengawal Peribadi VIP yang masih membenarkan BESI itu diselit dipinggang.

Bercakap pasal ‘BESI’ ini pulak ada cerita yang tak ramai tahu.Disamping ‘BESI RASMI’ yang dibawa mereka semasa bertugas atau luar tugas ada juga anggota CID ini yang mempunyai ‘BESI TAK RASMI’ yang aku tak pasti status nya.Berapa ramai yang ada ‘besi xtra’ ini aku tak pasti tapi kalau ikut pergaulan dan perbualan aku dengan mereka masa itu ramai jugaklah.Jadi masa tu aku pun tak arif sangat tentang SOP anggota CID ini jadi tak tahu besi yang dibawa mereka ‘rasmi’ atau ‘tak rasmi’ tapi memang senantiasa ada bersama mereka.Tapi orang akan berkata benar bila dah mabuk dan aku diberitahu oleh mereka macam macam cerita tentang kewujudan ‘BESI KEDUA’ ini.Aku pakai angguk sajalah,lagipun mungkin benar kerana ‘BESI’ ini berbagai rupa dan model dan lain dari yang ‘standard isue’ yang biasa aku lihat.

Pernah satu ketika hanya kerana nak mintak diskaun untuk bil mereka BESI ini dicucuk kepinggang aku untuk menakutkan aku.Memandangkan aku ini ‘doktor’ dan mereka ini ‘pesakit’ terpaksalah aku handle mereka sebaiknya agar tidak mencetuskan tragedi di kelab aku.Menayangkan besi dalam keadaan kepala terlebih ‘ting tong’ dah jadi perkara biasa dan kadang kadang sampai boleh mendatangkan pergaduhan sesama mereka yang datang dalam kumpulan yang sama hanya kerana berebutkan GRO.Pendekata hal hal yang melibatkan besi ini memang perkara lumrah yang aku terpaksa hadapi selama menjadi pengurus kelab itu.

Jadi bila timbul kes ‘amukan Seremban’ ini dengan rakaman CCTV yang menampakan BESI CHROME yang berkilat (kalau aku silap tafsir dan ianya bukan pistol tak tahulah) mengembalikan ingatan aku kepada pegalaman lampau aku apatahlagi dengan PENAFIAN TKP NEGERI yang pistol siperlaku tidak berada bersamanya ketika ditahan kerana telah dipulangkan sebelum dia pergi bercuti,menambah lagi persoalan kes amuk ini.

Besi siapakah yang digunakan dalam amukan itu dan status besi berkilat berKROM itu?Apakah anggota anggota sekarang masih lagi macam kawan kawan aku yang suka memiliki BESI EXTRA selain BESI RASMI yang dikeluarkan PDRM?Dan soalan yang paling besar…

KEMANAKAH ‘BESI EXTRA’ ini pergi selepas anggota anggota CID ini bersara atau dibersarakan?


Jika benar wujud…