Sejak petang tadi aku mengalami kesukaran nak akses blog aku ini sebab konon nya akaun Gmail aku dah kena gantung.Berkali kali setiap kali aku nak sign-in aku di direct kepada satu mesej yang sama yang memerlukan aku verify akaun aku dengan memberikan butir butir akaun Gmail aku dan password aku.

Pengalaman 2 tahun lalu bila blog aku kena hijack mengajar aku berhati hati bila menghadapi situasi sebegini kerana tidak mahu pisang berbuah kali.Banyak kali juga aku cuba sign-in dan banyak kali jugaklah aku di direct ke page yang sama yang memerlukan aku memberi butir butir akaun aku.Mulanya aku agak kecewa jugak menyangkakan aku telah kehilangan blog APA sekali lagi kerana mesej yang awal datang memang dari GOOGLE cuma bila ianya di directkan page yang satu lagi ini yang menimbulkan musykil dihati aku.Aku hampir hampir saja mengikut arahan seterusnya kerana tidak mahu kehilangan blog ini,tapi Alhamdulillah saperti ada suara yang berbisik dihati meminta aku berhenti seketika untuk berbuka puasa sebentar tadi.

Alhamdulillah.kembali kepada laptop selepas berbuka keadaan sudah kembali saperti sediakala dan aku boleh sign-in ke akaun aku tanpa mesej mesej awal tadi.Aku yang memang bukan pakar IT masih tertanya tanya apa yang berlaku sebenarnya?Apakah apa yang aku lalui tadi adalah PERCUBAAN untuk melakukan sesuatu terhadap blog ini?

Jadi kepada anda diluar sana yang PAKAR dalam hal IT ini harap dapat berkongsi pengetahuan anda  tentang hal ini bukan sahaja untuk aku tapi juga untuk pengetahuan pengamal media maya yang lain.Kepada anda yang pernah melalui pengalaman yang serupa saperti yang aku lalui petang tadi sudi sudikan berkongsi pengalaman anda untuk kita berkongsi bersama disini.

Alhamdulillah Ya Allah..aku masih lagi disini.

P/S : Siapa lak yang terasa dan tersinggung dengan blog ini ya?