KENYATAAN RASMI
ADMIN BLOG APA
Kuala Lumpur
22hb julai 2012
10:53 malam

Mulai saat ini aku mengumumkan blog ini bukan lagi blog PRO BN dan blog ini jugak bukan blog PRO PR.Aku mengambil keputusan untuk tidak menyokong mana mana pihak kecuali menyokong keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan tidak mengira siapa,sama ada pemimpin Umno/Barisan Nasional atau Pas/PKR/DAP/Pakatan Rakyat.

Dengan ini aku menyerahkan MAHKOTA BLOGGER NO.1 PRO BN kembali kepada sahabat blogger PapaGomo dan aku mohon kepada sahabat blogger KLXpress agar tidak menyenaraikan aku lagi sebagai blogger PRO BN dalam Ranking Alexa untuk bulan hadapan.

Memandangkan aku ini HANTU TIDAK BERTUAN ada lebih baik aku wawarkan status ini secara rasmi untuk memudahkan aku berkarya tanpa mengundang kontrovesi dan menegur siapa saja…apa saja…mengikut penilaian dan pandangan aku tanpa dipengaruhi mana mana pihak.Aku tidak ingin mengundang SENGKETA dengan mana mana sahabat bloggers sama ada yang pro BN atau pro PR dan aku mengharapkan agar sahabat semua faham akan keputusan yang aku ambil ini dan menghormati nya sapertimana aku menghormati kebebasan berkarya semua bloggers.

Semoga kita semua dapat menyumbang kearah penulisan POLITIK yang lebih sihat untuk kesejahteraan  negara ini yang akhirnya akan memunafaatkan  RAKYAT Malaysia keseluruhan nya.

SELAMAT BERJUANG DENGAN AGENDA DAN PLATFORM MASING MASING.


Azmi Ibrahim,
Aku Peduli Apa @ APA
Kuala Lumpur,
22/7/2012.