Aku sering ditanya oleh ramai orang tentang prospek BN untuk PRU13 nanti dan aku selalu jawap ‘BN tak boleh kalah’ atau dikalahkah tanpa perlu mengupas secara terperinci kenapa aku berfikiran begitu.Selalunya bila mereka yang bertanya tidak puas hati dengan pendapat aku itu aku akan berkata,“BN dan Umno dah 54 tahun main game ini dan mereka dah jadi PAKAR,jadi tak usah mimpilah nak merampas Putrajaya”

“Kalau dah tahu BN tak boleh kalah dan PR tak boleh menang apa guna ada pilihanraya”, tanya mereka lagi tak puas hati.Aku jawap pendek aje,“Nasiblah korang..”…dalam hati aku siapa suruh korang percaya politik dah ahli politik .

Aku bagitau mereka apa yang bakal berlaku selepas PRU13 nanti…worst case senario BN akan mengulangi rekod buruk Pak Lah PRU12 2008 dan best case senario BN akan dapat semula majoriti 2/3 di Parlimen..puas hati ????

“Jadi apa perlu Najib siang malam turun padang tabur duit sana sini?Bukan nak menang undi ke tu?”..tanya mereka lagi.Aku jawap Najib sedang melakukan ‘KERJA POLITIK’ yang wajib dilakukan oleh seorang politikus dan semua politikus…itu saja.No big deal…

“Bukankah senario politik hari ini “UNDI CINA” menjadi “KUASA PENENTU” jatuh bangun dan kalah menangnya BN?”.Aku jawap,“Kaum Cina sedang main OPERA CINA”.

Betul…,undi kaum Cina penting dan amat diperlukan bagi kemenangan BN dalam PRU13 nanti tapi undi kaum Cina tidak akan meletakan Pakatan Rakyat di Putrajaya untuk memerintah negara.Mereka tidak akan melakukan kerja bodoh bunuh diri macam itu.Apa yang berlaku PRU12 2008 adalah RUANG kelemahan orang Melayu yang berpecah kepada tiga..Umno,Pas dan PKR.Ruang ini cepat cepat diambil kesempatan oleh kaum Cina untuk MEMICIT telor Pak Lah meminta itu dan ini bagi kepentingan kaum mereka..tidak lebih dari itu.Ruang ini hampir tidak wujud dalam zaman Tun Mahathir memerintah negara selama 22 tahun dan hanya selepas pemecatan Anwar Ibrahim ‘ruang’ ini mula wujud dan jadi cukup besar di era Pak Lah.Maka kaum Cina sekadar mengambil kesempatan atas perpecahan dan kelekaan orang Melayu..tidak lebih dari itu.

Sebab itu dalam PRU 1999 walaupun undi Melayu berpecah dan tidak memihak kepada Umno dan BN tetapi undi kaum Cina dari MCA,Gerakan dan juga DAP telah datang membantu BN untuk kekal berkuasa sehingga hari ini.Kenapa ini terjadi?Politik bro…politik…

Aku nak ulas setakat ini sahaja dulu tentang ‘permainan’ ini dan sementara itu anda layari page Tindak Malaysia yang aku jumpa siang tadi yang sedikit sebanyak mengesahkan pandangan aku tentang permainan politik Malaysia.Mungkin lain kali kita boleh sambung apa peranan The Godfathers Of Chinese MAFIA,Chinese Chambers Of Commerce,Persatuan Sekolah Sekolah Cina dan banyak lagi persatuan yang berkait rapat dengan kaum Cina ini terhadap politik negara ini…

Hingga tiba saat itu….

BN TAK BOLEH KALAH….he he he.