Semalam aku ada tulis artikel pasal ‘BN TAK BOLEH KALAH’ dan aku huraikan serba sedikit kenapa aku berfikiran begitu.Mungkin ramai yang menyangkal pendapat aku itu tetapi itulah hakikat nya dan aku belum lagi mahu mengulas jika berlaku sebarang bentuk penipuan saperti yang selalu digembar gemburkan Pakatan Rakyat.Pendekata,memang agak sukar dan boleh juga kita anggap mustahil  bagi Pakatan Rakyat untuk mara sehingga ke Putrajaya dan merampas pemerintahan kerajaan pusat.

Walaupun begitu janganlah pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang ada hari ini merasa angkuh dan bongkak yang mereka tidak mungkin dapat ditumbangkan.Selagi mereka berpegang pada Tali Allah dan menjalankan amanah dan tanggung jawap yang diamanahkan Allah SWT kepada mereka,insyaAllah mereka akan kekal memerintah negara bertuah ini.Tapi…

Hari ini…

Berbagai bagai kezaliman dan pengkhianatan yang kita dengar dilakukan PEMIMPIN BESAR UMNO yang ada hari ini terhadap rakyat (aku tidak terkecuali).Semasa Pak Lah tengah MABUK berada ditampuk kuasa setelah memenangi PRU11 dengan kemenangan ‘tanah runtuh'(landslide victory) sedikit pun dia tidak menyangka yang kedudukan nya akan berubah 360 darjah dalam tempuh yang begitu singkat dan akhirnya mencatit SEJARAH sebagai satu satunya Perdana Menteri yang terpaksa meletakan jawatan kerana DESAKAN RAKYAT.

Pak Lah pernah aku peringatkan tentang hal ini sebelum PRU12 bahawa hak anak anak yatim jangan dipersenda sendakan,kelak makbul DOA salah seorang dari mereka maka kehinaan menanti dia dihadapan dan akan terus mengiringi dia hingga ke liang lahat.Tapi besar kepala dan bongkak nya Pak Lah waktu itu tidak menghiraukan peringatan dari rakyat kerdil saperti aku.Akhirnya terbukti saperti yang aku peringatkan…

Hari ini Dato Seri Najib mewarisi tampuk pemerintahan dan aku ingin mengulangi peringatan yang sama yang aku berikan kepada Pak Lah sebelum dia menghadapi PRU12…

INGATLAH DATO SERI..
CUKUP CUKUPLAH 10 TAHUN UMNO MENZALIMI ANAK ANAK YATIM DAN MEREKA YANG TERLIBAT MEMBANTU UMNO 2004 DAN KEMBALIKAN LAH HAK MEREKA.INI BUKAN KESALAHAN PERIBADI PAK LAH TAPI UMNO YANG DIA SEBAGAI PENERAJU NYA WAKTU ITU.HARI INI DATO SERI MEWARISI UMNO DARI PAK LAH MAKA DS JUGA MEWARISI KEZALIMAN UMNO YANG DILAKUKAN PAK LAH MAKA MENJADI KEWAJIPAN DS MENYELESAIKAN NYA.


INGATLAH DATO SERI..SETIAP KEPERITAN DAN KESENGSARAAN YANG DILALUI SETIAP INSAN YANG DIANIAYA UMNO SELAMA INI TERUTAMA NYA ANAK ANAK YATIM MERUPAKAN “DOA BALA” BUAT UMNO DAN KEPIMPINAN DATO SERI.KALAU PAK LAH TELAH MERASAKAN NYA…JANGAN PULA DATO SERI PULA SELEPAS INI.ITU SAJA PESANAN SAYA PADA DATO SERI SEBELUM DS TURUN KE MEDAN PERJUANGAN PRU 13…WAALLAHU’ALAM.

Hanya dengan KUN FAYA KUN Allah swt,RAKYAT yang tidur malam sebelum keluar membuang undi boleh berubah fikiran mereka untuk menghantar Pakatan Rakyat ke Putrajaya esuknya.

ADA BERANI DATO SERI ????


P/S : Perlu di ingat yang Dato Seri telah menyediakan ‘jalan penyelesaian’  untuk Pak Lah sebelum PRU 2008,sebab itu Allah masih memberikan peluang kepada BN.Tapi hari ini Dato Seri adalah Presiden Umno dan Perdana Menteri dan bukan Pak Lah lagi,jadi bukan tanggungan Pak Lah lagi dan apakah akan jadi BALA yang DS perlu tanggung pula?So pakat fikirlah sendiri…

Lagi satu nak bagitau DS….beberapa orang anak yatim ini telah diambil oleh beberapa Pasantren terkemukan di Indonesia menjadi anak angkat mereka disamping mendalami ilmu agama.Setiap malam dibulan Ramadhan ini akan diadakan ‘solat hajat’ dan ‘zikir munajat’ untuk membela anak anak yatim ini dan semua yang teraniaya.Jadi kalau DACING nampak tambah senget setiap hari faham faham sahajalah…