Nampak lebih ramai yang tua tua dari anak anak yatim…
Aku lihat Ahmad Maslan dah mula menjawap melalui beberapa orang ‘tentera siber’ dia termasuk bekas rakan aku masa dalam UMB dulu.Cuba baca jawapan melalui SMS yang dia hantar kepada blogger Double Y (dibawah) dan kita analisa sendiri keiklasan nya.Aku sertakan dalam artikel ini gambar yang di email kepada aku dan yang aku petik dari beberapa blog Umno untuk kita bandingkan.
SMS AHMAD MASLAN KEPADA DOUBLE Y

“Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila..saya tak makan atas kerusi, meja..nampak lebih mesra begitu hajatnya..bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka..makanan anak yatim dihidang..dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil..org lain duduk kerusi, tapi makan buffet..anak yatim dapat duit, org lain tak dapat..anak yatim dapat kurma & air zam zam..org lain cuma kurma sahaja.

Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai..atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar..jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka..jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya..ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu..saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri..banyak aktiviti tak masuk berita pun..jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah..bila diam dianggap kalah…

Ada ke duduk dilantai dibagi sudu dan garpu..
Ada Ahmad Maslan?
Ini satu satunya gambar yang dia kata dia makan bersama anak anak yatim.
Anda nampak tak DOME tu belum dibuka lagi pun…dan dibawah
satu lagi gambar promo dia suami isteri.
Dah mula makan ke belum?
Salah seorang pengasuh yang mengiringi anak anak yang masih kecil
Marah ke adik?
Lagi para pengasuh yang mengiringi anak2 3,4 atau 5 tahun.
Setelah anda membaca  SMS diatas pastinya anda bersetuju itu jawapan untuk pelepaskan diri saja.Aku dah cari dalam blog fotoblog UMB tak ada satu pun gambar Ahmad Maslan makan bersama sama anak anak yatim dilantai saperti yang dia kata dalam SMSnya kepada Double Y sedangkan semua foto yang ada disitu dirakam oleh Double Y sendiri sebab dia berada disitu BACA SINI atau mungkin Double Y lupa nak upload.Kalau terlupa sila upload kami nak tenguk..
Aku juga singgah portal WartaRakyat pun sama.Walaupun banyak gambar tapi tidak ada satu pun gambar dia makan bersama sama anak yatim dilantai.Dalam cubaan merasionalkan kenapa dia “MELANTAIKAN” anak anak yatim dan “MEMEJAKAN” tetamu lain,dia kata ada dikalangan anak anak ini masih kecil berumur 3-5 tahun jadi takut tak sampai nak masuk dalam DOME.Tapi setahu aku anak anak kecil ini punya pengiring dan pengasuh mereka sendiri bila keluar program begini dan itu pengalaman aku menganjurkan puluhan majlis yang serupa selama ini.Aku pasti gambar gambar diatas menjawap persoalan tentang anak anak kecil 3-5 tahun ini dan pengasuh pengasuh mereka.
Jadi apalah salahnya mengaku je kesilapan tu dan memohon maaf..habis cerita.Menggunakan blogger untuk mempertahankan perbuatan layanan kurang manis terhadap anak anak yatim hanya mengundang perdebatan yang panjang.Aku boleh saja diajak berdebat 7 hari 7 malam sebab sejak bergelar BLOGGER GILA memang itu menjadi keghairahan aku..
Dato bersedia untuk itu….?