Anda saksikan bagaimana anak yatim hanya duduk kat lantai..

Gambar ini dihantar ke email aku sebentar tadi.Tak sampai sehari aku kata aku bukan lagi penyokong Umno/BN dah datang info jenis ini yang selama ini tak pernah singgah.

Gambar taraf HARAMJA ini mungkin sehari dua yang lalu bila Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan konon nya meraikan 100 anak anak yatim sempena bulan Ramadhan yang mulia.Niat meraikan anak yatim itu kira oklah dan akan ramai lagi PEMIMPIN UMNO yang akan buat promo diri sendiri macam ini sambil memperkudakan anak yatim sempena Ramadhan ini…itu pasti.

Tak ada hati perut ke yang sedang mentekadarah ini semua?

Meraikan anak yatim haramja apa bila yang diraikan duduk makan atas lantai sedangkan yang meraikan mereka dan VIP duduk selesa atas kerusi empuk makan bermeja.Aku cukup pantang bila lihat senario macam ini dilakukan terhadap anak anak yatim saban tahun bila Ramadhan menjelma.Kalau pembaca blog ini masih ingat aku ada tulis artikel pasal aku MENGAMUK disuatu majlis berbuka puasa meraikan anak yatim di satu hotel 5 Bintang beberapa tahun lalu kerana perbezaan MENU antara yang meraikan dan di raikan.Habis meja aku terbalikan dan aku terpaksa di usir keluar oleh sekuriti kerana merosakan majlis itu.

Ini gambar aku cilok dari fotoblog UMB dan jangan terpedaya.
Ahmad Maslan ambik gambar ini untuk promo diri dia konon nya sayangkan
anak2 yatim,tapi dia pun mentekadarah atas kerusi empuk jugak.

Kalau lah aku berada dimajlis dalam gambar ini pasti DOME penutup sajian tu singgah dikepala Ahmad Maslan..aku peduli apa lu sapa!

INILAH WASSATIYAH DUKUNGAN NAJIB YANG BERJAYA DITERAP KEDALAM JIWA PEMIMPIN UMNO AGAKNYA.

WASSATIYAH….WASSATIYAH…WASSATIYAH HARAMJA !!!!

Advertisements