Gambar ini dihantar ke email aku sebentar tadi.Tak sampai sehari aku kata aku bukan lagi penyokong Umno/BN dah datang info jenis ini yang selama ini tak pernah singgah.
Gambar taraf HARAMJA ini mungkin sehari dua yang lalu bila Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan konon nya meraikan 100 anak anak yatim sempena bulan Ramadhan yang mulia.Niat meraikan anak yatim itu kira oklah dan akan ramai lagi PEMIMPIN UMNO yang akan buat promo diri sendiri macam ini sambil memperkudakan anak yatim sempena Ramadhan ini…itu pasti.
Meraikan anak yatim haramja apa bila yang diraikan duduk makan atas lantai sedangkan yang meraikan mereka dan VIP duduk selesa atas kerusi empuk makan bermeja.Aku cukup pantang bila lihat senario macam ini dilakukan terhadap anak anak yatim saban tahun bila Ramadhan menjelma.Kalau pembaca blog ini masih ingat aku ada tulis artikel pasal aku MENGAMUK disuatu majlis berbuka puasa meraikan anak yatim di satu hotel 5 Bintang beberapa tahun lalu kerana perbezaan MENU antara yang meraikan dan di raikan.Habis meja aku terbalikan dan aku terpaksa di usir keluar oleh sekuriti kerana merosakan majlis itu.
Kalau lah aku berada dimajlis dalam gambar ini pasti DOME penutup sajian tu singgah dikepala Ahmad Maslan..aku peduli apa lu sapa!
INILAH WASSATIYAH DUKUNGAN NAJIB YANG BERJAYA DITERAP KEDALAM JIWA PEMIMPIN UMNO AGAKNYA.
WASSATIYAH….WASSATIYAH…WASSATIYAH HARAMJA !!!!
Anak Kedah said:
Assalamualaiku bro azmi,Gua no komen bro, tapi ayat yg paling gua suka adalah: "Kalau lah aku berada dimajlis dalam gambar ini pasti DOME penutup sajian tu singgah dikepala Ahmad Maslan" kah3..
6803man sarawak said:
Hmm.ape nak jadi da.name pun anak2 yatim..kene la akur pada pemimpin kelas vip.sok luse bile da besar,bjaya jd pemimpin.hanta la pemimpin vip tu kat umah org tua.
BEETLE said:
Gambar (di atas sekali) yg ade tag ANAK YATIM itu adalah gambar yg sudah diPhotoshop. Kerana kat kumpulan hujung sekali itu tidak ade tag ANAK YATIM pun. Dan juga di gambar yg bawah sekali di mana Ahmad Maslan makan sekali dengan mereka, mana pergi tag ANAK YATIM (2 unit) yg ada di gambar atas sekali?
Aku Peduli Apa @ APA said:
Assalam sdra Beetle,Tak usahlah lu nak membela dengan taktik photoshop bodoh tu.Gua dapat gambar ni dari salah seorang jemputan majlis tu yg tak berapa senang dengan layanan yg diberi kepada anak2 yatim ini.Tak usahlah keluar teori bodoh lu tu…gua ada berpuluh lagi gambar kalau gua nak keluarkan.Baik lu tanya Ahmad Maslan betul tak kejadian ini dari lu sendiri cipta teori bodoh photoshop lu tu..
Wak tempe said:
Kalau betul2 ikhlas anak yatim duk atas meja yg lain duk bawah bukannya selalu broBagilah dioramg rasa lauk sedap sikit time ni lah mereka dapat perhatian.lepas dah raya xde sapa nak Jenguk pun betul tak saudara2 ku sekalian?ya allah ampunilah hambamu ini
Prince of Noob said:
aku dah konpius majlis ni adalah majlis meraikan anak yatim ke atau majlis meraikan vip2 umno… dunia oh dunia…
Aku Peduli Apa @ APA said:
Assalam semua,Aku dihubungi seseorang cuba membela Ahmad Maslan konon nya Tok Mad dan isteri duk makan sama anak2 yatim bersila dan mengatakan aku hanya berpandukan gambar shj dan tidak berada disana.Ini bukan soal Ahmad Maslan duduk atau tak duduk mkn bersama anak yatim tp persoalan nya kenapa anak yatim dibiarkan duduk dilantai manakala jemputan VIP duduk makan dimeja?Apa duit yg diperolehi sejak jadi Menteri tak cukup untuk menyediakan meja untuk anak2 yatim ini hingga memaksa anak2 yatim ini duduk dilantai!Cuba anda perhatikan gelas minuman yg digunakan para VIP dan gelas yg digunakan oleh anak yatim,disitu pun sudah dibezakan darjat mereka.Itu aku belum tahu apa menu yang disajikan kepada anak2 yatim ini lagi.Nanti aku tanyakan sumber aku…kalau berbeza kita jumpa di Round kedua pula,,
Wak tempe said:
Pandangan wak lah kerusi tu sepatutnya utk budak2 tu tp ramai pulak yg datang konon nak berbuka puasa dg vip.budak2 tu wayang je bhai.tp kalau niat baiknya ada sebesar zarah syukurlah
James_Iha said:
Tengok muka anak-anak tersebut, aku sudah tau betapa terpinggirnya depa diperlakukan seolah-olah tetamu kelas kedua walhal majlis tersebut adalah untuk meraikan mereka. Ini bukan soal menyokong mana-mana parti poltik, ini soal bagaimana menjadi manusia yang beradab dan berakhlak. Memang mangkuk ayun la Ahmad Maslan..Syabas bro APA atas keprihatinan anda sbg seorang insan..
REZAB Tanah Melayu said:
DAPAT MAKAN DAN BUKA PUASA TU DAH KIRA BERUNTUNG SANGAT! WALAUPUN DUDUK BERSILA….anak yatim kat negara lain makan sampah buka puasa…atau pun tak buka posa langsung, jgn harap nak dipelawa mcm ni….belajarlah bersyukur sebab jadi anak yatim di Malaysia, cuba try tengok jadi anak yatim kat INDIA sana…..sendiri mau ingat la beb
Aku Peduli Apa @ APA said:
Sahabat sahabat tolong jawapkan komen Rezab Tanah Melayu ini.Gua tak berapa nak selera menjawap..
-patih leqiu- said:
NTAH….TAKDA SELERA JUGAK NAK KOMEN YANG ATAS NI………………SKUNK DAH TENTU SUME KORANG NI RAKYAT MALAYSIA….CITER PASAL MALAYSIA LA…NAK KIRA AFRIKA G R DUK AFRIKA
Karmic Wheel said:
Kah kah kah ..REZAB Tanah Melayu.. samada kepala lu kosong atau penuh ngan air .. wa tak tau mana yang datang dulu .. tapi yang pasti salah satu antara dua .. kah kah kahBro .. lu baca ke idak .. ke lu asal boleh komen je lu komen ?wa quote balik .. "Niat meraikan anak yatim itu kira oklah dan akan ramai lagi PEMIMPIN UMNO yang akan buat promo diri sendiri macam ini sambil memperkudakan anak yatim sempena Ramadhan ini…itu pasti."masalah makan, kalo tak dijemput oleh sesiapa pon wa amat pasti mereka akan tetap berbuka puasa kat pusat jagaan anak yatim .. malah mungkin tak perlu bersila kat sana.. tapi kat sini pon .. bukan bermakna bersila tu buruk .. idak .. sebab kalo orang yang meraikan anak yatin dalam gambar kat atas turut bersila .. tak jadi isu pon ..masalahnya sekarang, orang yang dijamu dok bertebaran atas simen .. manakala orang yang tak berkenaan dengan nama anak yatin tu sendiri dok selesa ataih kusi dan meja makan .. itu isunya bro ..ini bukan nak meraikan anak yatim .. tapi meraikan bapak yatim .. kah kah kah 'lagi satu .. isunya .. janganlah memberikan makan kepada anak yatim cuma jadi jentera propaganda untuk mempromo diri sebagai seorang yg perihatin .. wuhaiiii
Red Wave of Kelate said:
yg cakap guna photoshop tadi lu mmg x mkn kat hotel,kat tmpt yg ada penanda A booking, C booking, itu penanda utk anak2 yatim.
Shitsurei Shimashita said:
Rezab ni entahlah nak kata apa, isu yer adab n nilai manusia. Nak ajak makan biar tertib. Mgkn lu lupa apa maknanya tertib.
Red Wave of Kelate said:
REZAB TANAH MELAYU: psl gambar mualaf smbhyang bwh pondok nanti ko akan ckp "bersyukur la sbb kat malaysia ada saja masjid juta2 bijik yg pemerintah buat"..kan.
Wally Bandits said:
Demi Keadilan kepada semua,Demi masa depan Agama/Negara/Bangsa..Masa utk menolak UBN telah tiba,Harap Pengundi memberi Peluang kepada PR membentuk Generasi baru yg lebih bertanggungjawap/Telus/jujur/Amanah dalam mentadbirkan Negara daripada UMNO/BN yg mengkayakan segelintir Golongan ELIT UMNO..(Bayangkan PLUS(Exspesway) nak tamat dah konsesi Penswastaan lagi 3 @ 4 tahun lagi berperingkat,UMNO/BN telah bertindak menjual semula kepada UEM/KWSP dengan Nisbah 49/51 pada January 2012….walau masa utk meringankan bebab TOL kepada Rakyat akan tiba 3 @4 tahun je lagi UMNO tidak peduli dan kisah pun dengan mengambil tindakan menjual semula kepada UEM…maka tempoh konsesi bertambah lagilah kepada 25 tahun…BILA MAU HABIS ITU MCM,,,,MAU HABIS TAMBAH LAGI…UMNO/BN PENIPU PEMBOHONG ASAL MASYUK SEMUA BOLEH. Sekian lama aq berada dalam UMNO,dan kini aq tidak sanggup lagi terus Bersama MENIPU RAKYAT dengan Propaganda UMNO,maka aq Lebih selesa bersama Perjuangan utk keadilan utk semua..dan Berharap PAKATAN RAKYAT Berjaya membentuk Kerajaan…Jgn biarkan UMNO terus menerus merosakan Negara ini..
Pena Hitam said:
Uikk?? Perghh.. Ni yg wat sakit mata tgk ni…Mungkin btul juga kata ada diantara saudara2 d atas.. Plan ajak anak yatim je dan sikit je vip nye.. Tp ramai plak vip yg datang, maklum la, ahmad maslan kan blaja ngira dgn rais yatim.. Tgk dia kira himpunan oren br2 cukup la.. Huhuhu.. Tu yg x cukup kusi meja utk tetamu tu.. Seperti biasa, anak yatim or org2 marhaen je le kena duk bwh…Yg si 'tanah rezab kena gadai fgvh' ni meroyan nape plak?? Adoi lahai.. Apa maksud 'AHMAD MASLAN MERAIKAN 100 ANAK YATIM BERBUKA PUASA'?? Dia bukan ckp meraikan geng2 rais yatim.. Klu admin ckp 'MERAIKAN GENG2 RAIS YATIM' lain r cite.. Br la ngam ko nak meroyan mcm kena hentak durian atas pale.. Hmmm.. APTB… Sedih plak aku kenangkan nasib mereka.. Bkn mereka minta nak jd anak yatim piatu.. Tp ada gak si bangsat yg mengambil kesempatan terhadap mereka semata mata nak menunjuk… Aku x sebut sesape.. Tp sape yg terasa tu moga2 cepat la taubat byk2..
TOKGURU86 said:
Lor… Ko dah jilat jubur Anwar ke APA. Steady la lu.. Projek mana lu x dpt smpai lari dari UMB? Kekeke.. Skrg ni nk cekik siapa plak dlm pakatan haram? Kesian sama lu APA. Blog lu blog sampah jer.. Hahahaha.. Ko duk citer buruk org.. Busung lu mana mau simpan rrr? Kekekeke.. Lu puasa x hari ni? Ahaks!! Gila la lu APA. Blogger gila glamour la lu. Anak2 ko sihat ker?
Aku Peduli Apa @ APA said:
Gua ada satu je nak cakap ngan lu Tok Guru86…AHAKKSSS !
rafi bahlul said:
tlg senaraikan blog saya http://anti-belot.blogspot.com/
6803man sarawak said:
India ngan m'sia ape beza nya?india negara miskin ato kaya?m'sia negara yg berkemampuan bro.jgn bandingkn ngan india..m'sia da xde duit peruntukn tuk anak2 yatim?bg kat lembu,tajudin,pkfz ade plak.org ckp pasal meja kerusi..ko belitkn kat india.
Prince of Noob said:
berbulu sial dengan ayat rezab tanah melayu tu – "belajarlah bersyukur sebab jadi anak yatim di Malaysia"… hina sangat ke jadi anak yatim??? diorang mintak ke jadi anak yatim? diorang mintak ke hidup di dunia ini tanpa ibu tanpa bapa? lu ni kalau pergi majlis tu jenis yang duduk kat meja2 vip tu jugak… buat majlis untuk anak yatim ke atau majlis meraikan vip? cuba lu bayang dan letakkan diri lu kat tempat anak2 yatim tu apa lu rasa? harap2 lu ada sedikit rasa perikemanusiaan dalam diri lu sebelum nak mengeluarkan ayat2 yang boleh membuatkan orang lain berkecil hati
wafi said:
aku tak nampak apa-apa yang pelik dalam majlis tuu.. yang makan kat meja beralaskan kain putih yang bersih dan yang makan sambil bersila pula beralaskan kain puteh yang sama siap ada napkin pula.. dan makanannya pula dihidangkan didalam bekas stanless steel plak tu.. lainlah kalau yang makan bersila tu makanan mereka dihidangkan diatas suratkhabar lama ker, atas plastik ker atau daun pisang ker.. bezanya cuma ada yang duduk dan ada pula yang bersila.. bersila pula bukan atas rumput, atas karpet pula tuu, lapik dengan kain puteh pula. salah ker makan sambil bersila macam tuu.. merata tempat kejadian macam ni berlaku.. kat majlis PAS pun ada dan kat majlis UMNO pun ada dimana apabila selesai sesuatu majlis, pemimpin jemputan serta urusetia dijamu makan didalam bilik yang berasingan, nasi dihidang dalam pinggan kaca berserta lima enam jenis lauk tapi hadirin yang hadir makan kat luar dalam pinggan polistrin dengan berlaukkan dua jenis sahaja. itu pun semua pakat melantak sampai habis, jadi tak kan lah kes kerusi dan kes bersila nak dijadikan isu plak.. Itu pun dah kira bersyukur bila Ahmad Mazlan buat majlis macam tu.. otak kau orang semua fikir yang negatif ajer.. hampa semua piii raaah… pi matii lah
Hermit said:
@Wafi,Salam saudara… cuba jangan 'buta' hati sangat & fahami maksud yg nak disampaikan saudara APA… bukankah org yg DIRAIKAN sepatutnya menerima layanan yg lebih istimewa? merasa dihargai & bukannya dilayan seperti manusia kelas kedua… bayangkan anak saudara salah seorang anak yatim yg diraikan itu? tak sedihkan? apa salahnya kadang-kala memberi lebih kasih-sayang kepada budak2 yg tak dapat merasai kasih-sayang mak-bapak sepenuhnya? berikan KEGEMBIRAAN, barulah namanya MERAIKAN…
Wak tempe said:
Wahai rezab tanah gersang alangkah baiknya sekiranya hang jd anak yatim lahir kat india nu.Agak2nya hang selera tak mkn dr tong sampah puihhhh….maram perapu kepunden parang sekeper hak tuihh