Aku dah tenguk isi dalam beg tu…kenyang sampai ke sahur…tak percaya?


Macam macam ada…

Tadi aku sempat hadhir di majlis meraikan anak anak yatim,golongan tua,gelandangan dan warga kota yang tak sempat balik berbuka puasa.Majlis dianjurkan oleh DS Sharizat Jalil,Datuk Bandar KL yang diwakili Pengarah nya,Bulan Sabit Merah dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia bersama beberapa badan sukarelawan yang tak sempat aku catit.

Aku suka majlis ini sebab ianya sempoi je dan tak banyak protokol.VIPs dia pun sempoi je dan tak banyak kerenah dan peramah terutama Kak Ijat yang senyum bila melihat aku berada disitu sambil menyapa aku,“Lama tak nampak?”.Aku balas dengan senyuman je,terasa kesian lak aku duk belasah Kak Ijat kau kau isu NFC suatu masa dulu.Tapi itulah aku tak betul aku belasah dan perkara yang betul aku sokongan macam program ini.

Adik pun umo 3 tahun ok je duk atas kusi..he he

Ini baru betul program meraikan sebab yang diraikan diberi tempat duduk walaupun yang baru pandai BERJALAN JATUH dan yang meraikan pula duduk paling akhir ditempat yang tidak dikhaskan untuk mereka.Apa yang dimakan oleh anak anak yatim,orang tua dan gelandangan itulah juga yang dimakan oleh DS Sharizat,Datuk Pengarah DBKL dan Jemputan Khas yang lain…SEMPOI GILA.

Macam ini cara Kak Ijat minum cuma aku tak mau siar je…sempoi tak?

Aku tersenyum puas dalam perjalanan pulang menunggang kapcai aku…I LOVE U KAK IJAT.

GAMBAR GAMBAR YANG SEMPAT AKU RAKAM

Pemuzik Setia Jalan TAR
Warga tua berbilang bangsa..
Para pengasuh dan pengiring anak anak kecil..
Pengarah DBKL sedang mengatakan sesuatu pada Kak Ijat
Anak istimewa yang tak mampu berjalan
  
Duit raya tu…
Gambar gambar gelandangan dan warga kota yang menerima juadah berbuka

Pose pose anak anak yatim yang aku rakam
Anak anak yatim yang tidak mengerti apa apa dan
menumpang kasih dari pengasuh mereka
Tenguk para VIP makan sama yang dimakan yang diraikan..
Kalau nampak air dalam tin tu semua orang boleh ambik
kat kiosk…macam macam minuman ada.
Juadah cukup banyak sebenarnya…boleh mintak tambah dan
gelandangan dibekalkan juadah untuk bersahur juga
Gambar para sukarelawan yang makan bersepah sepah
Kat meja tepi tandas ini beberapa orang Pegawai Khas makan..sempoi je.

Datuk Suhaimi Ibrahim pun ada