Law of Giving and Receiving
“Jika mahu BERJAYA kita kena senantiasa BERSYUKUR “...komentar Pakar Motivasi Dr.Azizan Osman ketika beliau di wawancara oleh wartawan Majalah Al-Islam….

Kalau hendak BERJAYA di dalam apa saja aspek adalah yang pertama…kita MESTI (1)BERSYUKUR.Atau disebut juga “Law Of Gratitude”Tanda bersyukur adalah dengan memberi.Bersyukur tidak boleh sekadar ucapan saja …kena disertai dengan memberi.

Contohnya jika bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t.,kita kena beri komitment dengan solat 5 waktu.Memang benar,bukan mudah untuk melaksanakan solat 5 waktu dengan khusyuk,tapi bila mampu dilaksanakan kita menyerahkan diri hanya kepada DIA.Dengan mendirikan solat sebagai tanda bersyukur barulah datang kasih sayang dan Rahmat Allah s.w.t.

Prinsip yang ke(2) pula adalah “Law Of Reciprocal.Maksudnya adalah “Law Of Giving”.Kalau hendak tunjukkan kita bersyukur kita kena MEMBERI..(sedeqah).Jika mahu kaya duit bermula dengan kaya jiwa.Hendak banyak duit,kita kena balik semula kepada hubungan kita dengan Allah s.w.t dan hubungan kita dengan manusia.Kasih sayang Allah s.w.t..yang membawa kita kepada kejayaan dan murah rezeki.Kuncinya adalah pada diri sendiri,hubungan rapat dengan Empunya segala benda di dunia ini iaitu Allah s.w.t perlu dijaga dengan baik.Dan kuatnya hubungan dengan Allah s.w.t itu akan jadi pula “Law Of Attraction”.

Menurut Dr.Azizan,”Law Of Attraction” atau hukum BERSANGKA BAIK adalah prinsip kejayaan yang ke (3).Sebagaimana disebut dalam sebuah Hadith Qudsi,Allah s.w.t berfirman maksudnya,

“AKU adalah seperti mana sangkaan hamba KU dan AKU bersama dengannya ketika ia mengingati AKU.Jika ia ingat kepada Ku di dalam hatinya,AKU ingat kepadanya didalam hati Ku.Dan jika ia ingat kepada Ku di khalayak ramai nescaya AKU pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik.Dan jika ia mendekati Ku sejengkal ,AKU pun mendekatinya sehasta.Dan jika ia mendekati Ku sehasta nescaya AKU mendekatinya sedepa.Dan jika ia datang kepada ku berjalan, maka AKU akan datang kepadanya sambil berlari.” ( hadith Qudsi riwayat Tirmidzi dan Abu Hurairah ).juga direkodkan( oleh Bukhari dan Muslim)

Maka penjelasannya begini,BERSANGKA BAIK pada setiap perkara maka perkara yang baik juga akan dikembalikan kepada kita.Sebabnya,apa yang dirasakan,difikirkan dan perbuatan yang baik maka akan jadi betul.Itulah hukum bersangka baik.Hidup manusia ibarat magnet,akan menarik apa saja yang berada di sekeliling kita.

Jika kita positif,maka yang akan datang kepada kita pun positif juga.Jika kita negatif yang datang kepada kita pun negatif juga.Kita kena selalu BERSANGKA BAIK dan berfikiran positif.Contohnya begini,jika kita bangun pagi terlewat dan semuanya menjadi kelam kabut maka sepanjang hari kita akan kelam kabut.

“Ia bukan satu kebetulan tetapi berkenaan dengan hukum alam.Kelam kabut itu pun satu tenaga dan apa saja di dalam dunia ini mempunyai tenaga atau gelombangnya tersendiri.Dan gelombang itulah dihantar kepada alam untuk menjadikan kehidupan kita huru-hara dan sangkaan tidak baik pun berlaku.

“Semua benda ada tenaga ,ada roh dari perspektif kerohanian.Dari perspektif kuantum fizik semua benda ada tenaga nya tersendiri.Kita kena harmoni dengan semua benda atau berbaik-baik dengan sekalian makhluk.

Maka Kunci Utama untuk BERJAYA & KAYA adalah 

(1)mensyukuri nikmat Allah s.w.t.,
(2)memberi (sedeqah),dan
(3) bersangka baik.
Semua benda akan dipermudahkan jika 3 kunci ini dijaga.Kita akan mendapat apa yang kita kehendaki dengan mudah.Semua perkara kena bermula dengan niat,hati kita kena senantiasa selalu baik.Perubahan tidak akan berlaku jika diri sendiri tidak mahu berubah.Yang paling penting adalah kaya jiwa,untuk menjadi kaya harta.Kebahagian bukan pada duit tetapi kebahagiaan pada diri sendiri.Jika kita bahagia,semua benda akan datang.Apa yang kita hendak akan tercapai apabila ada keceriaan.Ketenangan dan bersangka baik tanpa perlu membanting tulang.”

Itulah nasihat dari Pakar Motivasi Dr.Azizan Osman.