KALAU NAK AKU WAJAHKAN KORANG…SILAKAN

Malam ini aku tenguk macam ada gelombang dari bloggers pro BN yang mula nak attack aku baik yang otai atau yang hingus tak berapa nak kering lagi.Semua duk pertikai banner yang aku letak kat blog aku 2-3 hari sebelum puasa yang menggambarkan ketidak perihatinan PM terhadap anak anak yatim di bulan puasa ini,

Tapi,diaorang ini semua tahu ke anak anak yatim mana yang aku maksudkan dan mesej apa yang cuba aku sampaikan kepada PM?

Tak tahu tapi nak tunjuk macam tahu sebab senantiasa dalam mode ‘KIPAS dan BODEK’.Jadi aku nak nasihat kepada semua yang tak puas hati ini apakata korang berkumpul ramai ramai pi jumpa PM dan tanya dia sendiri apa masaalah blogger gila ini sebenar nya?Tak payahlah tanya ghurka gurkha yang tak tahu hujung pangkal tu.

Kepada yang dah tahu tapi suruh aku lupakan kisah lama zaman Pak Lah tu..aku ok aje tapi dengan syarat.Apakata korang tontong antara korang semua bloggers yang anti sangat dengan aku RM250 juta tolong bayar hutang Umno dengan aku.Jangan kata lupa kisah lama,aku terus DELETE blog aku ini hilang dari blogsphera…amacam boleh???

Kalau tak boleh baik korang duk diam diam main permainan korang sendiri dan jangan turut menyibuk dalam hal aku.Setakat ini aku belum lagi nak usik peribadi mana mana bloggers dan aku hanya setakat menulis isu saja ikut acuan aku sendiri.Jangan kerana berbeza pendapat korang nak attack aku secara peribadi !!!Jadi aku nak bagi peringatan kepada korang semua…

“KALAU NAK MASUK GELANGGANG AKU BIAR BERWAJAH DAN JANGAN MENYOROK DIBELAKANG BLOG MASING MASING NANTI AKU WAJAHKAN KORANG”…

Itu undang undang permainan aku,kalau sudi silakan…