Bahagian 1 DISINI
Bahagian 2 DISINI

Aku sambung balik Hikayat Penggubahan Wang Haram 2004 oleh mangkuk tingkat kat bawah ini.Banyak perkara yang menganggu fikiran aku sejak kebelakangan ini yang membantutkan minda aku untuk berkarya apatahlagi aku kena melakukan satu keputusan besar untuk tidak lagi berstatus BLOGGER PENYOKONG UMNO/BN.Tidak menyokong bukan nya beerti MENENTANG tapi reaksi yang aku perolehi dari bloggers pro kerajaan amat menggelikan hati aku…Belum apa apa lagi berbagai andaian mereka buat yang melambangkan tahap kecerdikan dan kewarasan mereka berfikir..tapi biasalah bloggers Umno.Itu belum lagi aku kata aku menyertai bloggers Pakatan Rakyat,kalau itu yang aku lakukan tidak dapat nak aku bayangkan reaksi mereka.
Walaupun memilih untuk tidak BERPIHAK menyokong mana mana kem aku tetap diserang oleh pihak yang sama menyerang aku semasa bernaung dibawah UMB dulu.Masih dengan agenda ingin merosakan imej Tun Faisal dan UMB keputusan aku tidak lagi menjadi penyokong Umno/BN di manupulasi mereka dengan mengheret Tun Faisal dan UMB kekancah serangan baru mereka terhadap aku.Memandangkan aku bukan UMB lagi rasanya biarlah mereka yang berada dalam UMB sahaja yang menangkis kali ini.Aku ada agenda aku sendiri yang lebih penting untuk aku fikirkan dan kalau bloggers Umno ingin berbunuh bunuhan sesama mereka AKU PEDULI APA dan aku ucapkan Selamat Meninggal Dunia…kah kah kah.
Okay,dibawah ini aku siar semula artikel yang pernah aku siar tahun sudah dengan beberapa pembetulan dibahagian bab maki hamun yang merupakan tagline aku masa tu.Walaupun aku terkenal dengan maki hamun suatu masa dulu tapi masa boleh merubah karektor seseorang dari ganas menjadi lembut dan sebaliknya.Aku harap kepada yang dah pernah baca bersabar sedikit dan memberi peluang kepada yang belum untuk mengikuti hikayat ini dari mula.Lagipun hanya tinggal 2 siri sebelum aku memulakan siri baru Bahagian 6.Selamat membaca....

Aku dan pasukanku berjaya meyakinkan setiap Ketua Perhubungan Negeri Umno yang untuk PRU11 kali ini yang semua keperluan mereka untuk menghadapi Pilihanraya kali ini ditaja oleh sebuah syarikat swasta dari A to Z.Menyedari kerakusan dan ketamakan mereka bila bercakap bab duit peruntukan dari parti mereka,aku menyarankan agar apa jua

‘peruntukan’ yang mereka perolehi di kekahkan sesama mereka dan Ketua Ketua Bahagian mereka.

Mula mula mereka agak ragu ragu dan kurang yakin,tapi setelah wakil wakil mereka datang melihat sendiri proses percetakan ‘poster BN’ yang dijalankan oleh kami disalah sebuah kilang percetakan di Kelang mereka terpesona dan termanggu.Manakan tidak?

Dah besor jawatan sekarang ni..
Dah dekat nak macam Sultan Melaka..

Bayangkanlah kilang ini saja panjangnya 3 ekar dengan hampir 500 mesin cetak yang beroperasi 24jam mencetak ‘poster BN’ masa itu dan itu baru hanya satu kilang dari 10 kilang percetakan yang ada.Itu belum lagi dikira kilang para pembekal/kontraktor yang membekal premium item dari sekecil kecil collar pin sehingga sebesar besar khemah yang berlambang Barisan Nasional baik didalam atau luar negara.Wakil wakil mereka juga dibawa melawat kilang kilang di Hong Kong dan China untuk memuaskan hati mereka.

Kilang air mineral pula bersepah hampir disetiap negeri.Kalau dibuka semua botol air mineral yang ada dan dibuang boleh banjir Kuala Lumpur.Semua ini membuat wakil wakil ini terpesona dan akhirnya mempersonakan boss boss mereka Ketua Ketua Perhubungan Negeri masing masing kecuali seekor ‘anak toyol’ pendek pencinta botox dari sebuah negeri ini.Dia ini bukan tak yakin tapi dia sendiri pun dikhabarkan ada membuat projek yang serupa di China ditambah pula dia ni suka penyapu ajaib.Ha ha lantaklah mike lah toyol ooi..

Tu tanda apa Ku? 2juta ke 20juta..atau 200juta
atau nak khatan sekali lagi?

Buat pengetahuan anda semua,operasi aku bukan hanya tertumpu di Semenanjung bahkan meliputi Sabah dan Sarawak yang terpaksa aku jelajah menggunakan helikopter bagi sesetengah tempat yang logistiknya agak sukar untuk sampai melalui jalan darat.Perbezaan infra yang amat ketara memaksa sebahagian produk terpaksa dibuat di Semenanjung sebelum dihantar dengan kapal kargo atau kapalterbang.

Semua ‘Plan B’ yang aku lakukan diatas hanya untuk mendepani permainan Datuk Hasan yang terus terusan bermain wayang tentang maksud sebenar Elegant Advisory Sdn Bhd ditubuhkan.Bila PRU11 semakin hampir talipun pejabat aku tidak berhenti berdering bila kebanyakan Perhubungan Negeri mula gabra dan mahukan kepastian yang segala keperluan mereka akan tiba dalam waktu yang ditetapkan.Apa tidaknya,duit peruntukan dari Ibupejabat dah dibelasah sedang persediaan terpaksa bergantung dengan syarikat aku semata mata.Jawapan aku amat pendek….Dont Worry.Padan muka korang,nasib baik aku ini bukan kaki kencing….

Sebulan sebelum Parlimen dibubarkan aku mula mengarahkan penghantaran barangan barangan keperluan Pilihanraya keseluruh negara.Selepas beberapa hari berjalan Datuk Hasan masuk kepejabat dengan marah marah.Puncanya konon kerana aku dah mula membuat penghantaran sedangkan pembayaran dari Umno masih belum diperolehi(konon nya).“Wayang apa pula si Pendek ini nak main?” kataku dalam hati.Tapi aku berjaya pasak kepala otak dia yang kami tak punya banyak waktu sedangkan Parlimen akan dibubarkan bila bila masa.Apa yang nak dibuat dengan barangan yang bernilai ratusan juta ini kalau tidak dihantar waktu itu?Bila dia dah terperangkap dengan permainan nya sendiri,terpaksalah dia akur.Ha ha ha..dia ingat dia bijak,kuli angkat beras lagi bijak…

Boleh senyum lagi lepas ANIAYA orang kira oklah tu..

Maka bermulalah penghantaran secara besar besaran 24jam sehari selama 2 minggu tanpa henti macam bala tentera yang keluar dari kem pergi berperang.Ini tambah sukar di Sabah dan Sarawak kerana logistiknya yang berbeza dari Semenanjung.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua penghantaran selesai seminggu sebelum Parlimen dibubarkan oleh Memanda Menteri baru Dollah Haramja..

Maka berpestalah Parti Barisan Nasional dengan segala macam barangan percuma yang melambak lambak yang boleh digunakan hingga PRU12 kerana terlalu banyaknya kuantiti yang dibuat.Maka tersenyumlah pemimpin pemimpin Umno seluruh negara kerana kali ini peruntukan Pilihanraya dapat di poketkan mereka kecuali ‘anak toyol’ sebuah negeri tadi.He he he…pandan muka kau!


Hujahan Elegant Advisory Sdn. Bhd. di Mahkamah Rayuan

Bersambung….