Hishammuddin disambut anak anak lorong

Sejak 2 malam lalu aku menonton kisah ‘kanak kanak lorong’ di Lorong Hj Taib yang memang sinonim dengan pekerja seks melalui Buletin Utama TV3.Saperti orang lain yang menonton aku tidak dapat menatap wajah wajah malang kanak kanak ini sama ada yang beribu (pekerja seks) atau tidak dapat dipastikan ibu mereka (ayah jauh sekali lah…).

Tersentuh hati menonton 2 siri tersebut apatahlagi bila dipertontonkan tentang seorang gadis kecil yang mungkin hanya berumur 3 tahun merayau rayau bersendirian di ‘lorong noda’ ini dimalam hari.Bila ditanya tentang ibunya oleh wartawan TV3,“Ibu tidor”,jawap anak kecil ini bersahaja.Mana hati yang tidak tersentuh bila melihat anak anak yang senasib yang terpaksa membesar dan mengenal dunia ini di ‘lorong noda’ sedangkan kanak kanak sebaya mereka beruntung hidup jauh dari lorong ini bersama keluarga mereka.

Tiba tiba malam tadi saperti tidak percaya bila 2 sahabat aku Amrray dan Brasco (bukan nama sebenar) mengirim email yang mengandungi hampir 100 keping gambar ‘Warga Lorong Hj Taib’ yang sempat mereka rakamkan semasa mengikuti program turun padang DS Hishammuddin mendekati golongan ini beberapa hari sudah.Syukur alhamdulillah,dapat juga aku tatap wajah mereka termasuk gadis kecil yang aku lihat dalam Buletin Utama tadi malam.

Wanita berbaju kurung belang inilah ‘tenaga’ disebalik
kerja kesukarelawan lorong noda ini..

Tahniah DS Hishammuddin kerana perihatin menjenguk golongan ini ditempat yang tidak ramai pemimpin mahu menjengah.Walaupun akan ada suara suara sumbang yang akan mengatakan ianya satu ‘promo’ diri DS,tapi yang penting berapa ramai yang bergelar pemimpin dan Menteri kanan mahu melakukan apa yang DS lakukan?Terima kasih juga kepada SUKARELAWAN SUKARELAWAN yang aku difahamkan dari Yayasan Salam dan satu lagi rumah perlindungan disitu yang aku tak berapa pasti namanya yang dipimpin oleh seorang wanita bekas warga ‘lorong noda’ ini yang pastinya cukup memahami permasaalahan golongan ini.

P/S : Apa sahaja usaha baik pemimpin aku sokong tidak mengira siapa.Kalau ada pemimpin PR yang perihatin email saja gambar mereka pasti aku siarkan.insyaAllah.Tapi aku tk mau tenguk gambar pemimpin berbuka puasa dengan DOME dan duduk meja VIP.


Kepada Dato Ahmad Maslan,email je gambar aktiviti berbuka puasa Dato kepada saya.Tak perlu MMS dan suruh saya cari dalam Utusan Malaysia sebab saya pun busy macam Dato jugak cuma saya tak ada Pegawai Khas macam yang Dato ada.Suruh dia saja buat itu semua,bukan nya susah sangat…what say you Dato?

GAMBAR GAMBAR YANG AKU PILIH UNTUK DISIARKAN

Aku suka gambar ini….
Adik ini macam tak mahu melepaskan tangan Hishammuddin..
Santai..
Mendengar pandangan pegawai polis ini yang pastinya selalu
terlibat dengan operasi pencegahan kegiatan seks dilorong ini..
Penerangan dari sukarelawan
Yang dicium Hishammudin ini anak ‘pekerja seks’ lorong ini..
Tekun mendengar..
Gambar gambar sukarelawan yang menjaga anak anak 
tidak pasti taraf ini…
Anak anak lorong..
Meminjamkan telinga untuk anak anak kecil ini..
Menerima pemberian anak kecil ini..dan gambar dibawah


Siapa kata Menteri ISA ini tak reti sedih dan sebak?
Mendengar luahan bekas pekerja pekerja seks ini
Bekas pekerja seks yang telah insaf dan mungkin atas faktor umur
yang berlindung dirumah perlindungan ini.
Mendengar….
…..dan tekun mendengar
Diberi penerangan oleh sukarelawan..