Aku tak faham kenapa bila KITA(korang dan aku) yang bergelar BLOGGER ini,kita berasa kita sudah terlalu hebat seolah olah kita tahu semua hal.Ada blogger perasan macam Perdana Menteri nak ajar PM sebenar bagaimana nak mentadbir negara.Ada pulak yang perasan macam Ketua Polis Negara nak ajar pihak polis macam mana nak buat kerja mereka,suruh tangkap orang itu tangkap orang ini tanpa mereka sedar yang PDRM kita duduk dalam ranking salah satu dari 5 yang terbaik didunia.Ada ramai yang perasan macam Pak Menteri dan menunjukan pak menteri macamana nak uruskan kementerian masing masing.

Pendekata BLOGGERS jenis ini merasakan merekalah yang TERHEBAT dan TERBAIK sehingga masa depan negara macam berada ditangan mereka.Kalah menang BN atau Umno banyak bergantung kepada ‘perjuangan’ maya mereka.Tanpa mereka,BN/Umno akan terumbang ambing menghadapi asakan parti lawan dan berpaksikan kepercayaan taraf ‘perasan’ inilah yang buat ramai bloggers lupa diri siapa mereka sebenarnya.Lebih teruk lagi yang merasakan MEREKA penentu kalah menang BN.Sedang hakikatnya mereka hanyalah pengamal penulisan maya yang banyak bergantung kepada UNCLE GOOGLE untuk info atau cerita yang dikutip sana sini yang belum dipastikan kesahihan nya.Sehinggakan nak dapat ‘inside info’ pun Ahmad Maslan suruh kita rujuk kat Utusan Malaysia…kah kah kah.Itulah sebenarnya standard KITA semua..jadi tak usah perasanlah…

Jadi hari ini aku berasa macam nak sekolahkan kita semua ‘spesis bloggers perasan’ ini supaya KITA (aku dan korang) tidak terus ditimpa perasaan dan berpijak dibumi nyata.Sama ada korang boleh terima atau tidak pandangan aku ini korang punya pasal lah,aku peduli apa!Ini blog aku,jadi apa yang aku nak tulis SUKA HATI EMAK BAPAK AKU LAH….sebab aku pun dah nak TUTUP KEDAI sehari dua lagi…

Perdana Menteri menggelarkan pengamal media baru/sosial berbagai platform ini sebagai ‘TENTERA MAYA’ dalam Konvensyen Media Sosial yang diadakan pertama kalinya tidak berapa lama dahulu.Sejak itu telah lahir hampir 10,000 ‘tentera maya’ hasil konvensyen yang diadakan di semerata negeri.Ada yang suka menggelar diri mereka Cybertroopers dan ada juga yang syok orang panggil mereka Penggempur Maya.Walau apa pun korang nak gelar diri korang…korang adalah ‘tentera’,dan lebih tepat TENTERA MAYA mengikut panggilan Perdana Menteri.Korang nak ingkar gelaran diberi PM?Nanti korang kena ‘court marshal’..sebab korang tu ‘tentera’.

Jadi aku nak tanya korang…korang tahu tak TENTERA tu menatang apa?

Tentera adalah orang yang dihantar kebarisan hadapan medan peperangan,sama ada untuk berperang dengan musuh secara head-on ataupun mempertahankan the first line of defence.Kalau korang rajin tenguk filem perang dari sejarah perang zaman Rom,Perang Saudara Amerika,Perang Dunia,perang perang yang berlaku di Veitnam,Korea dan Timur Tengah korang pasti tahu fungsi tentera ini dan apa yang mereka mesti lakukan bila diperintah.

Kalau perang zaman Rom tentera kedua pihak akan mara untuk bertemu satu sama lain dalam berpuluh barisan lurus sambil dihujani anak panah yang dilepaskan kedua belah pihak dan bila bertemu barulah pertempuran sebenar berlaku.Tapi sebelum pertembungan benar benar berlaku dah beribu ribu yang mati sebelum sempat menghunus pedang dan tombak akibat tusukan anak anak panah yang datang macam hujan.

Sama jugak macam dalam filem Perang Saudara Amerika.Barisan tentera dengan didahului pemain drum akan berjalan dalam barisan yang lurus kearah musuh dengan disambut peluru musket(senapang) dan meriam sehinggalah kedua ketumbukan tentera bertemu dan berlakulah pertempuran yang biasanya menggunakan bayonet atau pedang.Sama saperti perang diatas,sebelum kedua pihak bertemu secara fizikal beribu ribu akan mati dahulu dalam perjalanan tanpa berpeluang betul betul berperang.Kedua dua peperangan jenis ini tiada taktikal langsung,cuma tentera(robot) bodoh berjalan cari maut.

Berlaku nya Perang Dunia dan perang perang seterusnya sehingga kini,taktikal peperangan mula mengambil tempat.Ketentuan menang atau kalah bergantung banyak kepada taktikal.Walaupun begitu untuk menawan sesuatu kubu,bukit atau kedudukan strategik…perkiraan yang diambilkira adalah berapa ramai TENTERA yang mesti dihantar oleh Jenderal untuk ‘mati katak’ sebelum target dapat ditawan.Jadi fungsi sebahagian tentera dalam peperangan adalah untuk MATI KATAK supaya pasukan mereka boleh menang.

Jadi bila Perdana Menteri gelar korang TENTERA MAYA janganlah perasan sangat akan fungsi korang.Kalau istilah ‘tentera’ kita ambil kira sebahagian peranan kita adalah untuk MATI KATAK..keh keh keh.Sama ada korang blogger RANKING NO.1 atau NO.1RIBU sama sahaja…korang semua ‘tentera’ tak lebih daritu.Sebab itu walaupun aku pernah bergelar Blogger No.1(sebelum menyerahkan kembali title itu kepada PapaGomo) aku tak pernah rasa besar kepala dan bangga diri.Tak ada makna apa pun jadi blogger No.1 kerana aku faham fungsi sebagai ‘tentera’ dibarisan hadapan mesti kena mati katak,lainlah kalau PM panggil kita TENTERA ELIT.Cuma di medan peperangan MAYA ini definasi mati katak ini agak berbeza sikit dari dunia realiti.Tak percaya?Cuba fikir sejenak….

Kalau kita ini blogger terhebat dan tersohor…kenapa kita tidak pernah diajak mengikuti lawatan Perdana Menteri dan Menteri Menteri Kanan keluar negara?Asyik asyik ‘blogger(tentera) elit’ yang sama yang akan bersama rombongan Perdana Menteri dan Kabinetnya keluar negara?Seingat aku kalau ada yang bukan elit keluar negara pun cuma PapaGomo saja..itupun kenegara bunuh diri Somalia(nasib baik tak mati katak- sorry ya Gomo sekadar perbandingan saja) naik Hercules dan bukan penerbangan 1st Class makan tanggung berak cangkung.Korang tak pernah terfikir ke hal ini?

Aku tak tahu PapaGomo masa nak menyelam dengan kapal selam Scorpene pergi kesana naik apa?Tapi ada blogger elit yang diberi penghormatan naik helikopter bersama Lim Guan Eng untuk ketapak penyelaman…kelas gitu!Korang tak pernah terfikir ke?

Masa nak bawa balik pesawat gergasi Mas A380 dari Peranchis ketanah air korang tahu tak blogger elit mana yang dijemput untuk ke Toulouse,Peranchis untuk merakam detik bersejarah itu?Dan bila Mas melancarkan penerbangan sulung A380 ke London baru baru ini korang check tak manifest flight tu tenguk tenguk blogger elit mana yang berada dalam penerbangan itu FOC makan angin ke London?

Blogger elit mana yang duduk dalam Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?Korang tahu tak?

Kalau korang rajin menghadhiri majlis meraikan media korang tak nampak ke bloggers mana yang boleh berlaga bahu dengan bapak bapak menteri dan selalu ditepuk bahunya oleh Perdana Menteri?Korang bukan berlaga bahu dengan PM tapi berlanggar dengan PM sebab terlalu ghairah berebut rebut nak rakam foto PM bila sesekali dia turun dalam program korang.

Aku bukan irihati dengan kumpulan ‘bloggers (tentera) elit’ saperti yang aku catitkan diatas tapi sekadar nak menyedarkan bloggers ‘kelas tentera maya’ini (termasuk diri aku sendiri) supaya KITA sedar diri siapa kita dan jangan mudah besar kepala walaupun kita berada dalam Top Ranking.Ranking tidak ada makna pada pemimpin cuma kita je yang syok sendiri konon nya itulah kayu pengukur penerimaan pemimpin terhadap keberadaan kita.Sedangkan ‘bloggers elit’ diatas yang mendapat perhatian PM dan pemimpin besar lain tak perlu pun nak terhegeh hegeh mengejar ranking,yang penting mereka diiktiraf peranan mereka kerana penulisan mereka.Lagipun apa sajalah pencapaian kita jika nak banding dengan portal Malaysiakini dan Malaysian Insiders yang menjadi duri yang sentiasa mencucuk daging pejuang maya pro BN.Sila tenguk pencapaian kita sejak 2008 sehingga kini untuk melihat KPI kita…

Ini Alexa Report yang aku print jam 2:30am tadi…

Ini report bukan aku buat,korang boleh baca sendiri di Alexa…
Kat sini sebenarnya kita BLOGGERS kalau nak banding dengan MK atau MI..
Jadi kat mana yang kita hebuh kata kita mengungguli selama ini ???
Dek sebab mengejar ranking lah tak berhenti henti sengketa wujud dikalangan kita.Siang malam tak ada kerja lain nak menjatuhkan dan cuba membunuh kumpulan yang tak sehaluan yang dirasakan menjadi batu penghalang kepada penyaluran dana untuk aktiviti kita.Berbagai bagai cara dilakukan untuk membunuh kemaraan blogger yang kita tak suka sehingga menjaja peribadi dan keluarga mereka dan akhirnya menampakan kerakusan Bloggers Pro BN cuba meratah sebanyak mungkin dana tanpa ingin dikongsikan dengan yang lain.Akhirnya kemelut ini mencetuskan peluang kepada pihak lain untuk menjadikan ianya isu yang mencemar bukan saja imej blogger itu sendiri tapi imej Umno turut diseret sama.

Sedang hakikatnya sama ada korang Blogger No.1 atau Blogger No.1000 korang sama saja dimata Jenderal hanya seorang tentera yang mungkin akan dihantar untuk tujuan MATI KATAK!Korang sedar tak?Sama ada korang perform atau tidak DANA tetap akan mengalir untuk korang terus hidup sebagai ‘tentera maya’ untuk mengimbangi ‘tentera maya’ pihak sebelah sana…itu saja.Sama ada korang menang atau dilihat macam menang atau kalah dalam ‘peperangan maya’ ini tidak akan menambah atau mengurangkan kekuatan Umno/BN.Tapi kewujudan korang tak kurang penting untuk menimbulkan kegerunan kepada pihak lawan sebab Jenderal boleh kata,“We have what you have and even better”…itu je.Jadi kalau ada ungkapan PENGIKTIRAFAN dari mana mana pihak sekadar memancing untuk korang terus kekal besar kepala.Kerana hanya dengan sikap besar kepala sahaja otak korang akan mengecil dan tak dapat berfikir.

Pada aku kalau korang berjaya menempatkan diri dalam Top 10,Top 20,30,40 atau Top 50 membawa pengertian yang lain dan tersembunyi pada aku apatahlagi kalau bergelar The Best,The No.1 atau Numuro Uno dari apa yang korang fikir dan bangga banggakan.Pada aku bergelar Blogger No.1 beerti berjaya menjadi PENCACAI dan GHURKHA NO.1 kerana dengan gelaran dan status No.1 akan datang Dana dan Penghormatan dari pemimpin asal saja korang boleh ikut ACUAN mereka,jika tidak….lupakanlah.

Sebab itu setelah bergelar No.1 aku mengambil keputusan untuk menjadi berkecuali,bebas dan tidak bertuan dari menyokong mana mana parti politik.Aku pasti dengan prinsip aku yang tidak mahu DI CACAIKAN dan DI GHURKHAKAN pasti akan mengundang banyak persoalan tentang sikap Kepimpinan Tertinggi Umno yang pastinya akan MENYISIHKAN aku dari kumpulan bloggers dambaan hati mereka.Sebelum aku menyusahkan orang lain dan menjadi HAMBA kepada kerakusan nafsu kuasa mana mana individu dalam Umno baik aku keluar dengan cara terhormat sementara maruah aku belum tercemar.

Perjuangan?
Lantoi perjuangan !!!!

Sejak bila pulak PERJUANGAN itu HAK MUTLAK Umno seorang sahaja.Apakah yang berjuang dalam Pas itu bukan perjuangan?Apakah mereka yang percaya kepada PKR itu bukan dalam perjuangan mereka sendiri?Atau mereka yang tidak mahu berpihak bukan turut dalam perjuangan mereka?Apa sebenarnya PERJUANGAN HAKIKI,boleh korang terangkan pada aku?

Kalau setakat pandai cakap Perjuangan Demi Agama,Bangsa Dan Tanahair arwah atok aku dalam kubur pun pandai kalau aku suruh dia sebut.Ada yang sebut perjuangan Alif,Ba,Ta tapi huruf tu setakat pandai sebut saja kenalnya tidak.Jadi kalau korang tak faham makna perjuangan baik tak usah sebut sebab bunyi macam kokok ayam jantan gah berderai derai tapi tulur…pocik!ilek!

Kalau aku tanya satu soalan bodoh ini pun pasti korang terkucil nak menjawapnya..

RAMAI PEMIMPIN PAS,UZTAZ PAS YANG KORANG PAGGIL JANGGOAT KAMBING TU TU HABIS POLITIK TENGAH MALAM SEKURANG KURANGNYA DIAORANG SAMBUNG KIAMULAI SAMPAI SUBUH LEPAS TU JADI IMAM SEMBAHYANG SUBUH…


RAMAI PEMIMPIN UMNO LEPAS POLITIK TENGAH MALAM PEGI KAROAKE,DANGDUT PELUK GRO SEKSI DAN ADA YANG MABUK TUNGGANG LANGGANG.KALAU TIDAK PUN BALIK RUMAH GUNDIK MAIN TIKAM MENIKAM.


BILA UMNO BERSIDANG DI PWTC HABIS SEGALA TOK NENEK KELAB DANGDUT DALAM KL PENUH DEK PERWAKILAN BERBAJU BATIK DARI LUAR KUALA LUMPUR.BILA PAS BERMUKTAMAR HABIS MASJID DAN SURAU PENUH DENGAN JAMAAH MEREKA BERJUBAH DAN BERSARBAN.


INI CUMA PERBANDINGAN LAHIRIAH YANG AKU NAK KORANG FIKIR..
SOAL APA YANG ADA DALAM HATI MASING MASING HANYA ALLAH YANG TAHU.

Cuba korang bagitau aku berapa ramai PEMIMPIN UMNO yang jadi imam Solat Subuh seluruh negara setiap hari?Boleh jawap?

Jadi sebagai orang ISLAM mana yang wajib kita percaya lebih?

Aku bukan sokong Pas pun tapi cara korang SPIN dan gambarkan Pas ini kadang kadang berlebihan sangat dan aku tak perlu sebutlah sebab korang sendiri pun tahu.Memanglah Pas pun bukan baik sangat tapi kalau aku balik semula kepada SOALAN diatas pastinya korang terkucil nak menjawap.Jadi jangan bicara pasal PERJUANGAN dengan aku kerana perjuangan aku hanya aku dan Allah Taala yang tahu dan aku tak perlu nak wawarkan kepada sesiapa pun…

Berbalik kepada kisah TENTERA MAYA tadi korang sedarlah diri korang tu dan berhenti merasa sebagai terhebat.Kalau dalam production house kita kerja sebagai lighting man,prop man,sound-man atau apa saja tugas sebagai PRODUCTION CREW…kita buat sajalah kerja crew kita itu.Jangan kerja kita pacak lampu tapi berangan nak pegang watak HERO.Ada faham bhai..?

Tapi kalau nak jadi pelakon xtra pegang watak ‘tentera mati katak’ no problem aku boleh atur dengan David Teoh (oops! Mejar)…kah kah kah.

P/S : Memandangkan aku dah delete semua artikel aku dalam blog ini maka jangan terperanjat ranking blog ini akan jatuh secara mendadak kerana tiada apa yang boleh dibaca oleh pengunjung mulai sekarang hingga aku benar benar HILANG dari blogsphera ini 5 Ogos nanti.Itulah salah satu teknikal yang membuat ranking sesuatu blog naik atau turun bila ramai yang masuk dan stay untuk beberapa ketika saperti yang anda lihat melalui Laporan Alexa diatas dan dibawah ini.
Anda boleh mengetahui apa saja tentang sesuatu blog dengan hanya menaip URL blog berkenaan di Alexa dan semua laporan tentang hits jenis pengunjung akan keluar.Barulah kita tahu sejauh mana KEBERKESANAN sesuatu blog mempengaruhi pembaca selama ini.Setakat sendiri masuk bakul sendiri angkat baik tak usah dan setakat majoritinya hit BOUNCES(sekali sahaja) sendiri mau ingatlah.
Kepada BLOGGERS MENGKARUNG banyak kerja dan masa yang korang kena peruntukan kalau nak jadi BUAYA TEMBAGA tapi kalau setakat menyalak nyalak nak tumpang popular buaya selamanya korang jadi mengkarung.Kah kah kah…
Kena ingat aku undur diri semasa masih bergelar NUMURO UNO