PERHATIAN
Sengaja untuk entri terakhir ini aku buka seluasnya ruang komen tanpa tapisan.
Sengaja memberi peluang kepada semua untuk meninggalkan komen baik 
yang nak mengucapkan selamat mahu pun yang rasa nak mengeji.Tapi kalau yang rasa 
nak mengeji dan memaki hamun itu kena ingat ini entri terakhir aku dan tiada peluang
untuk korang nak meminta MAAF.Tapi sebagai saudara seagama aku berbesar
hati memaafkan siapa juga yang mengeji dan mencaci aku kelak diruang
komen ini.Aku ingin berundur dengan tenang tanpa ada konflik dengan 
sesiapa pun disaat akhir.WaAllahu’alam.

Ini adalah artikel terakhir aku untuk ANDA SEMUA pengunjung setia blog APA yang tidak jemu jemu singgah memberi sokongan kepada blog ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang anda semua berikan kepada aku selama ini.Tanpa sokongan anda semua apalah saja blog APA dan tidak mungkin aku berada dimana aku berada hari ini.Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan terharu aku atas penerimaan anda semua terhadap penulisan taraf merapu aku selama ini.

Terima kasih kepada sahabat Ikut Suka Aku yang mencetuskan minat aku untuk mula berblog dan melahirkan nama Aku Peduli Apa

Terima kasih kepada sahabat The Unspinners yang pertama memberikan pautan kepada blog aku walaupun waktu itu aku baru saja merangkak.

Terima kasih Papagomo,Parpukari,GAP dan senarai bloggers otai yang panjang yang mempromo blog ini sehingga dikenali…

Terima kasih kepada Sahabat Sahabat Blogger Pakatan Rakyat yang turut memberikan pautan walaupun kita berlainan ideologi.

Terima kasih UMB terutamanya Tun Faisal kerana mengajar aku erti persahabatan dan kesetiaan..

Terima kasih ALL MY BROTHERS….and the only SISTER Que dalam UMB kerana memberi aku peluang bersama UMB

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA SEKALI LAGI UNTUK ANDA SEMUA PARA PEMBACA BLOG ORANG GILA INI….Panjang umur dengan izin Allah swt mungkin kita akan bertemu lagi diwaktu yang lain dalam suasana yang lain pula…mana tau.

Di kesempatan ini juga aku MEMOHON AMPUN DAN MAAF kepada semua individu yang selama ini aku singgung baik dalam penulisan mahupun sewaktu bersama,sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan.Sesungguh nya aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.

Kepada para pembaca BLOG APA teruskan menyokong blog ini,aku pasti anda juga akan suka cara penulisan ADMIN baru blog ini kelak kerana mereka ini sudah aku TAPIS sebelum menyerahkan blog ini dan aku juga tidak keberatan sesekali menyumbangkan artikel kalau diminta .

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA.
MAAF ZAHIR DAN BATHIN.