Bold

Assalamualaikum WBT kepada semua pengikut dan pembaca setia blog APA .

Saperti yang telah diwawarkan pengasas blog Aku Peduli Apa @ APA sebelum ini Sdra Azmi @APA,mulai 6hb Ogos 2012 blog ini akan dikendalikan oleh Admin yang baru.Saya diminta oleh saudara Azmi@APA untuk menulis sepatah dua kata sebagai salam perkenalan kepada anda semua sebagai tanda hormat Saya/Kami Admin baru blog ini dan menerangkan serba sedikit tentang latarbelakang kami dan halatuju kami bila menerima penghormatan meneruskan perjuangan Sdra Azmi@APA melalui blog ini.

Saya Hud Hud adalah admin utama sambil dibantu Sdra Lantoi sebagai admin kedua.Blog ini akan mempunyai 3 penulis jemputan/tetap yang terdiri dari Sdra Azmi@APA sendiri,Sdra Pelaq dan Sdra Koi dan jika difikirkan ada keperluan untuk menambahkan bilangan penyumbang artikel perkara ini akan diberitahu kelak.

Walaupun begitu sebagai tanda penghargaan KAMI kepada sokongan ANDA semua selama ini dan demi meluaskan perkongsian maklumat anda digalakan menyumbang idea atau apa saja yang anda fikirkan WAJIB didedah untuk pengetahuan RAKYAT dengan menghantar email kepada kami : kasitaukita@gmail.com.Anda juga digalakan menyumbang buah fikiran berupa artikel anda sendiri kepada kami dan InsyaAllah akan kami siarkan disini selepas memastikan tiada pelanggaran syarat yang kami tetapkan dan selepas dilakukan pembetulan dimana perlu dan jika perlu.Kredit artikel akan kami berikan kepada si penulis dan kami hanya bertindak sebagai medium penyiaran nya sahaja.

Sdra Azmi@APA ingin anda semua tahu bahawa perjuangan blog ini tidak akan lari dari asas kewujudan nya sejak awal lagi dan kini perjuangan ini akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran KAMI dan ANDA semua yang pastinya akan menyumbang kearah PERJUANGAN DEMI RAKYAT,UNTUK RAKYAT DAN KERANA RAKYAT dengan lebih berkesan lagi dan sapertimana keberanian menyatakan KEBENARAN yang ditujukan Sdra Azmi@APA selama ini,KAMI juga tidak akan segan silu menyatakan KEBENARAN bila bila perlu.Cuma kali ini Sdra Azmi@APA akan lebih banyak memainkan peranan sebagai PENASIHAT dan PEMANTAU blog ini dan hanya akan terlibat menulis bila bila dirasakan perlu dan jika ada isu yang difikirkan perlu disentuh oleh beliau.

Bold
Jadi kepada anda yang meminati garapan pemikiran beliau janganlah berasa susah hati dengan keputusan Sdra Azmi@APA mengundur diri secara aktif dalam penulisan blog ini kerana beliau akan senantiasa ada bersama KITA dari segi ‘semangatnya’ dan tetap akan menyumbang buah fikiran beliau bila bila perlu.
Atas rasa hormat kami kepada Sdra Azmi@APA dan ANDA semua sebagai pembaca setia blog ini,pihak KAMI mengambil keputusan untuk mengekalkan entri terakhir beliau semalam beserta komen komen yang ditinggalkan oleh anda semua walaupun beliau meminta kami delete entri ini selepas 5hb Ogos.Inilah satu satunya entri Sdara Azmi@APA yang masih tinggal dalam blog ini dan kami rasa amat tidak wajar sekali jika ianya dipadamkan sapertimana hampir 3 ribu artikel beliau sebelum ini.

Cuma akan ada kemaskini disana sini berkaitan ‘pautan pautan’ yang sedia ada diblog ini,sama ada yang berkaitan dengan politik ataupun tidak.Diharap kepada tuan tuan punya link disini tidak berkecil hati jika blog anda tidak dipautkan kembali setelah proses kemaskini blog ini selesai.
Akhir kalam tegurlah kami bila dan jika dirasakan perlu dan berilah pandangan dan kritik yang membina agar kita bersama sama dapat mencipta satu budaya menegur secara terbuka antara yang memerintah dengan yang diperintah.

SALAM PERKENALAN DARI KAMI SEMUA.