Kalau tak silap aku hari ini harga ditutup diparas 5.00..
Kredit imej : tukanglawan

Aku berasa macam nak menyanyi lagu ‘Bangau Oh Bangau’ yang seingat aku dah berpuluh tahun tak aku nyanyikan tapi Isa Samad tak mau pulak join aku sebab sibuk mengira ‘laba’ dari aktiviti pengambilan untung yang dilakukan oleh pemegang pemegang saham majoriti yang pastinya dia pun tumpang sekaki.

Kepada warga Felda pemegang 810 unit saham dapatlah mereka RM326 setelah ditolak RM200 yuran pinjaman.Yang kaya raya mengambil keuntungan dari 5.48 paras tertinggi harga saham FGVH sebelum ini kebanyakan bukan nya orang Felda pun dan mungkin ada yang tak pernah tenguk rupa buah kelapa sawit seumur hidup mereka tapi dapat untung atas buah itu dan mereka yang mengusahakan nya sepanjang hidup…

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.


 

Kenapa tiba tiba aku teringat lagu rakyat Bangau Oh Bangau ini?Sebab lirik lagu ini(pada yang tahulah) adalah penafian setiap mereka yang terlibat dalam kemelut ‘bangau’ yang jadi kurus kering kerana ‘tak cukup makan’ kecuali ULAR(siapa sebenarnya ular ini) yang berani mengaku ‘katak’ memang makanan dia.Lagu rakyat yang simple dengan lirik yang mudah dihafal,tapi mempunyai pengertian dan falsafah yang cukup dalam.

Aku berharap harga saham FGVH yang ditutup pada paras 5.00 hari ini dapat bertahan dan aku suka nak bersangka baik yang ianya hanyalah proses ‘pembetulan teknikal’ sebelum harga saham ini duduk diparas yang stabil untuk kebaikan ratusan ribu warga Felda yang menggantungkan harapan mereka yang begitu tinggi  agar langkah penyenaraian ini menemui kejayaan yang di impikan.Aku harap aku tak perlu menggubah lirik lagu Bangau Oh Bangau diatas andaikata harga saham FGVH yang dalam trend menurun ini terus mengekalkan momentum nya di iringi lagu ONE WAY TICKET untuk mengikuti apa yang pernah berlaku kepada saham KUB(Kewangan Usaha Bersatu) suatu masa dahulu.

Nauzubillah minzalik.

Siapa yang sokong penyenaraian FGVH ini sokonglah,itu hak korang.Aku juga punya hak menentang jadi aku gunakan HAK aku.Jangan sape lak nak menyalak kerana aku tak menyalak pun kat korang yang menyokong.

Pendirian menentang aku jelas dari awal lagi dan ianya tidak akan berubah tapi aku tetap mendoakan kejayaan penyenaraian ini demi nasib ratusan ribu warga Felda dan generasi mereka…