Sejak beberapa hari ini aku kerap menulis dalam blog ini walaupun ramai dah tahu aku dah tak mahu terlibat secara aktif dalam penulisan blog lagi.Tapi atas permintaan Hud Hud admin utama dan sahabat sahabat lain yang bakal mengendalikan blog ini,aku terpaksa akur.

Mereka minta aku mencetuskan momentum terhadap blog ini memandangkan aku dah padam semua hampir 3 ribu entri blog ini sejak ianya wujud dan mereka tak pasti bagaimana mereka harus memulakan blog ini saperti yang dikehendaki pembaca setia blog ini.Walaupun aku amat yakin dengan keupayaan setiap dari mereka yang aku amanahkan untuk meneruskan perjuangan blog ini tapi sebagai sokongan moral kepada mereka aku bersetuju untuk bersama mereka mencetus gelombang baru blog APA,cuma aku tak pasti untuk berapa lama….

Apakah anda semua mahu aku kembali?

Kepada anda semua sidang pembaca percayalah,blog ini bakal mencetus gelombang yang lebih menarik dan mencabar dari sebelum ini dengan adanya 5 lagi tenaga baru jika dibandingkan dengan hanya aku seorang sebagai pengendali nya.Mereka mereka ini bukanlah orang baru dalam dunia blogging malahan ada yang terlebih dahulu terlibat dalam penulisan blog dulu sebelum aku.Cuma identiti mereka akan kekal rahsia dan hanya aku seorang sahaja yang diketahui berwajah.Jangan terperanjat jika dimasa akan datang KAMI akan menambah lagi jumlah pengendali blog ini bila diperlukan.Tidak perlu kami menjadi sebuah portal berita untuk mempunyai 5,10 ataupun 20 pengendali blog dalam waktu yang sama.

Inilah gelombang yang bakal kami cetuskan disini insyaAllah.Jadi setiap dari kami akan ada pengkhususan tentang sesuatu isu,subjek atau individu(pemimpin).Kalau selama ini aku sering di kritik kerana banyak memfokuskan kritikan aku hanya terhadap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sahaja,aku pasti kali ini tiada pemimpin baik dari parti mana sekalipun yang akan terlepas dari radar blog ini.

Jadi kepada SEMUA PEMIMPIN POLITIK…berhati hati dijalanraya.Untuk teman teman bloggers yang lain suka aku menyatakan disini,bukan SENGKETA yang kami cari disini..cuma kami ada cara kami dan perjuangan kami dan anda dengan cara anda dan perjuangan anda.Jadi tidak perlu kita bersengketa atas perbezaan pendapat dan pandangan,KECUALI…ada provokasi secara langsung terhadap anda sebagai blogger.Kalau sekadar orang yang anda sokong yang menjadi fokus kritikan kami,pertahankanlah mereka dengan FAKTA dan HUJAH dan tak perlu menyerang kami secara peribadi kerana anda akan berhadapan bukan dengan seorang tetapi 6 orang APA dan mungkin juga lebih…

Jadi aku rasa kalian semua jelas dengan ‘the rule of the game’,so kita buat kerja masing masing…