Jadi APA dah taknak menulis sangat..elok la tu. Asyik hentam semua orang politik dan parti-parti politik, macam tak ada yang betul. Orang baran mana boleh menulis lama-lama. Bagi aku semua parti-parti politik di Malaysia ni cukup bagus. Patut disokong semuanya oleh semua. Apa yang tak perlu disokongnya? Lebih-lebih lagi Umno.

Umno ni dah jadi satu institusi, tak terbayang oleh pegawai kerajaan kat peringkat federal untuk berkhidmat bawah kerajaan bukan pimpinan Umno. Dah selesa dan biasa. Jadik jangan la kita dok ganggu dan ubah. Depa ni bukan profesional sangat, nanti bawah pimpinan lain depa dok sabotaj sana sini malas kerja ke apa. Naya kita. Jadi kena la tetap sokong Umno.

Isu yang rakyat marah sangat kononnya isu rasuah. La..dah nama berkuasa takkan la tak leh amik sikit..kongsi ngan kawan-kawan dan anak beranak. Parti lain pun sama je bila dah berpeluang. Tengok la sekarang ni bila kecoh-kecoh soal rasuah, berapa ramai rakyat takleh cari makan, tak dapat projek untung atas angin. Ingat takda rasuah la tuh? Dak eh, makin besar rasuahnya tapi dok berlegar kat atas je la. Kat tempat dan lingkungan untouchables je. Dulu zaman Mahathir semua merasa dari atas golongan elit sampai marhaien seperti budak pejabat. Kalu dulu, kes cam NFC ni, ingat-ingat tak ramai kecoh pasai ramai gak yang jadi vendors..nak bising apa? Ni suami dan anak-anak je..isteri tak terlibat la.

Kalu lantik APA jadi Ceo ingat dia nak kecoh? Bukan susah sangat jaga lembu. Tu la, kalu sokong Umno, maknanya pejam mata hal rasuah ni, ingat-ingat ramai yang tak sempat baca blog pasai dok sibuk jadi broker projek MRT, LRT, Seda, Iskandar , Koridor Timur dan Utara, dan lain-lain. Tu belum lagi sibuk dok kawtim bagi pihak kementerian untuk capai KPIs masing-masing. Pastu ETP tu takkan la kita takleh buat duit kat mana-mana. Ni tidak, dok hentam Umno pasal rasuah, kan sekarang yang teratas dari yang atas je yang boleh buat duit. Yang kat bawah ni tak reti sorok paperwork sikit, tu yang takda trickle down effects. Tunggu Brim je la. Padan muka. Sokong dan masuklah Umno..kita akan berjaya menjadi usahawan dan pedagang politik. Apa yang tak bagusnya?

Bagaimana pulak PAS? Depa ni semuanya jujur..tapi tak berapa cerdik sikit. Ye la, apa dapat masuk PAS? Kena derma kat parti adala. Nak berdakwah tak payah la kecoh ngan politik fitnah cacamerba ni..kan NGO dan badan dakwah lain banyak. Ok la, untuk mendapat ‘ keredhaan Allah dalam menegakkan Islam dan Negara Islam’..lebihkurang la kot. Jadi apa yang korang melayu Islam tak nak sokong? Apa ke jahil sangat? Apa objektif yang lebih baik dari PAS? Oh tak sokong pasai cara mereka? Individu tertentu? Tak betul Islam mereka? Woii..cermin la diri hangpa betui-betui.

Yang geng-geng cina +karpal dok seram sejuk pasal hudud tu apsal? Ohh, yang melayu pun sama? La..apa risau..standard of proof dalam hudud ni lagi la tinggi..payah nak kena lah. Contohnya zina, burden of proof dalam kes ni kalu dapat tu pasai hangpa dok main depan klcc, kat tempat awam je. Kalu sorok-sorok, setakat hukum takzir la..tak sampai standard of proof hudud rasanya. Sama la ngan jenayah mencuri merompak..yang kena pastinya yang memang berkerjaya mencuri merompak. Elok la tu. Yang lain-lain hal dalam ajaran Islam yang PAS dok suruh tu apasal pulak kita taknak sokong? Pasal jahil la, apalagi?

Ni, MCA dan MIC..depa tak kacau sapa-sapa pun..kita yang melayu ni lah. Sama la jugak parti ntahpanama Nallakarupan dan parti Kita zaid ibrahim tu. Dari tak sokong, baik sokong, kot-kot ada habuan. Takda pun takpa. Chua dah ada video, jadi tak boleh kutuk video orang lain. Selamat untuk sokong dia. Palanivel ni memang tak gaduh ngan sapa-sapa luar parti, dalam parti saja dia gaduh. Juga selamat untuk disokong. Ntah, takda hal depa semua ni. Sama la jugak semua parti-parti kat Sabah dan Sarawak. Banyak sangat nak ingat tahu semuanya. Sokong je la.

DAP ni yang melayu payah sikit nak sokong. Apsal? Ni social democratic parti..bagus ideologi ni. Kebanyakkan parti pemerintah dunia pertama dan ketiga dok kat tengah centric position berpandukan ideologi ni la. Tak percaya kat cina? Apsal? Yang dok berniaga dan berkaroaoke sakan tu takpa pulak ngan cina? Agak-agak la..kan melayu ni dah terlindung di bawah perlembagaan. Kan parti-parti kerjasama DAP pun majoriti melayu. Kan majoriti penduduk Malaysia pun melayu. Masih takut rasa tak selamat jugak? Ni la melayu dok lama sangat bawak ketiak momokan Umno. Ntah apa yang dirisaukan pun aku tak jelas. Takut kuasa politik DAP akan membawa kearah kemerosotan budaya sosial dan ekonomi melayu, kononnya. Gua gitau lu..jangan risau la..dah dok terjadi pun dalam 55 tahun ni tanpa kuasa politik DAP. Malahan, kalu nak ekonomi melayu meningkat melalui sokongan kerajaan, bagi cina DAP jaga institusi dan agensi kerajaan khusus untuk bumiputera. Bayangkan la kalu cina jadi boss MARA, contohnya, pasti lebih adil la pasal dia takda kroni melayu!

Kita tengok KeAdilan la pulak. Ni semua patut sokong. Dalam parti ni semua jenis orang pun ada. Jadi yang bermacam jenis kita ni berpeluang samarata. Ye la, kalu kat PAS, kalu jenis tak reti jadi imam tu mungkin kat tepi tangga je. Kalu kat DAP lak, yang jenis bersunat ni susah nak dapat sokongan grassroot untuk naik. Haa..kat KeAdilan semua bangsa, ugama, orientasi sex dan jantina berpeluang untuk jadi pemimpin. Asalkan Pak Sheikh kenai, azmin pun tak kesah.. kena cerdik ada aqal la jugak..jangan dok harap pandai tangkap video je macam gwoburne tu. Kalu PR menang, Anwar jadi PM. Dosanya dah ‘dibersihkan’ dengan dipenjarakan..orang cakap la. Kalu piawaian terendah untuk menjadi perdana menteri adalah Tun Abdullah Badawi, maka jelas Anwar sangatlah layak. Rasuah pun..agak-agak boleh berkembang jugak lagi sikit-sikit. Kalu ingat-ingat track record lama la. Dia punya piawai moral pun boleh tahan, takla tinggi mana..lebih inklusif la.

Konklusi umumnya..semua parti-parti politik di Malaysia adalah bagus dan layak untuk disokong. Aku ni..sebagai mewakili pandangan last batch of X generation hanya menginginkan sistem dua parti atau dua gabungan parti yang berkesan, yang tidak jauh jarak kemampuan dan prestasi, yang tidak angkuh memerintah kerana adanya effective check and balance mechanism. Yang boleh menegakkan keadilan sosial, memperkukuhkan ekonomi rakyat, mengharmonikan masyarakat dan menjamin mas adepan anak cucu kita semua..

BONSAI

Bonsai adalah penulis jemputan yang akan sering menghiasi blog ini dengan garapan pemikiran beliau.Seorang yang cukup banyak pengalaman dalam dunia koprat dan akademik.Dibesarkan dalam keluarga yang rata rata adalah ahli Sasterawan dan Akademik.