Mungkin papan tanda diatas boleh menerangkan
tahap berfikir sesetengah manusia…

Inilah tajuk artikel paling bodoh yang pernah aku baca dari seorang blogger yang selama ini mengangkat diri dia sebagai salah seorang yang TERSOHOR dari beberapa orang yang mengaku diri mereka juga tersohor hingga ketahap mengangkat diri mereka sebagai PENGATUR kepada bloggers pro kerajaan tentang bagaimana dan apa yang nak ditulis.

Aku malas nak bagi promo percuma siapa dia ini,korang kena cari sendirilah,apatahlagi blogger blogger MENGKARUNG yang mereka wujudkan semata mata nak serang aku seorang hingga mereka lupa siapa MUSUH mereka yang sebenar nya.Agaknya siang malam duk fikir macamana nak bunuh kredibiliti blogger tua lagi gila ini…kah kah kah.

Hari ini tercetus lagi gelombang serangan terhadap aku secara peribadi walaupun aku dah declare aku kini tidak lagi menyokong mana mana pihak dan berkecuali.Kalau betul dimana pihak sekalipun aku akan sokong dan kalau tak betul pasti aku akan tentang…itupun susah sangat mereka nak faham ke?

Sejak bila pulak aku kena mintak kebenaran dengan mereka untuk tidak berpihak kepada mana mana parti politik?Aku nak buat apa dan nak tulis apa kat sini suka hati emak bapak aku lah..korang sakit kat mana?Dulu bolehlah korang bising sebab aku blogger pro Umno/BN dan pernah bernaung dibawah UMB,tapi hari ini aku BEBAS…jadi semuanya jadi bebas pada aku,kecuali seks bebas.

Serangan terbaru tercetus bila aku mempersoalkan KEWAJARAN DS Rosmah ke London untuk memberi sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei malam esuk…itupun salah ke?

Hak akulah nak tanya,sape lu orang nak mempertikaikan?Sehingga seolah olah soalan bodoh macam tu dikatakan nak menjatuhkan Perdana Menteri.Wow!!! Power Ranger betul aku sekarang ini kerana boleh keluarkan soalan soalan yang mampu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.Jadi apakata Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat duduk rehat diam diam biar aku saja yang tanya soalan soalan yang mampu menghantar korang semua ke Putrajaya tahun hadapan…

Bertambah kronik aku melihat cara berfikir sesetengah blogger dalam MODE MEMBODEK DAN MENGIPAS ini dan aku kesian tenguk cara korang mempertahankan isu dan individu bila sesuatu dipertikaikan.Hilang sudah hujah dan fakta yang bernas…yang tinggal cuma maki hamun,anjing menganjingkan dan serangan peribadi hasil didikan penulisan OLD SCHOOL yang dah outdated.Rakyat hari ini tidak sebodoh yang korang sangkakan untuk menelan bulat bulat apa yang korang tulis.

Apa korang kena defend DS Rosmah sebab sudah di…..????

Kah kah kah..aku malaslah nak komen bab ini sebab bagi aku siapa dapat apa dari siapa dan untuk apa..itu masing masing punya hal lah,bukan mintak duit tok nenek aku pun.Sama jugaklah bila ada orang yang tiba tiba berselera makan ikan bakar SEKINCAN IKAN BAKAR walaupun selama ini suka makan ikan bakar cicah budu korang punya hal lah asalkan bahagia.Ada aku kisah????

Walaupun aku tahu kisah DS Rosmah ditunggu oleh beberapa individu diluar dewan kerana tidak menjadi jemputan dalam satu majlis makan malam yang di hadhiri isteri Perdana Menteri tidak berapa dulu.Walaupun aku pernah dan mungkin dulu di approach oleh ‘rakan kongsi’ Dato Jamal Sekincan Ikan Bakar sebab kami berjumpa hampir setiap hari dan aku pernah berbual dengan Datuk Jamal sendiri melalui talipun pasal ‘PROMOSI’ melawan boikot oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menjejaskan perniagaan ikan bakar mereka.

Oleh kerana prinsip aku yang bukan suka terkejar kejar lahap duit orang maka aku nantikan perbincangan seterusnya yang tidak pernah datang selepas itu.Alih alih aku tenguk beberapa blog gila gila mempromosi Sekincan Ikan Bakar kebelakangan ini..jadi aku faham sajalah.Lantak koranglah sebab itu rezeki korang..aku peduli apa.Tapi individu yang sama jugaklah duk galak menyerang aku sama ada secara langsung atau melalui blogger blogger mengkarung yang menurut titah perintah mereka.Bukan aku tak tahu tapi saja aku buat tak layan sebab lu orang semua NOT IN MY CLASS ANYMORE !!!

Jadi sebagai penutup entri kali ini...PERGI JAHANAM LAH apa yang korang nak fitnah aku bahkan terima kasih lah kerana terus mempopularkan blog aku ini.

KAH KAH KAH


P/S : Buat mengkarung sekor yang melalak sebab aku tak approve komen dia,tolong betulkan id’eram lagu Jamal tu sebab sumbeng bunyi dia dah macam bunyi Dikir Barat pulak..kah kah kah.Aku takkan bagi promo free kat kau…