Setiap kali aku berserempak ngan Yb kawasan aku ni, dia kelihatan sibuk sekali. Aku pernah menegurnya akan perkara itu dan dia menjawap, ‘ Saya ada 18 functions arini (hari minggu)’. La..patutla.  Aku ni kalu ada satu meeting satu hari tu dah kira productive day dah. ADUN dan MP ni jadual mereka penuh setiap hari, mungkin 20 jam sehari ‘bekerja’. Bayangkanlah jadual Piem dan menteri-menteri. Setiap minit terisi dengan pertemuan, mesyuarat dan entahapa lagi. Tekanan tu dah terkira la..kalu korang rasanya sebulan camtu tentu dah pitam. Gaji mereka berapa la sangat berbanding waktu di habiskan untuk ‘berkhidmat untuk rakyat mentadbir negara’. Gaji geng-geng kat GLC tu jauh lagi tinggi. Tak berbaloi lah aku rasa jadi orang politik ni.

Jadi yang dalam politik pemerintah semua dok berebut-rebut pijak-memijak nak jadi calun, berperang berbomohan tak nak lepas jawatan walau dah tak larat berdiri, menangis-nangis merayu jangan disuruh letak jawatan, bermusuh-musuh dengki mendengki dalam mengejar jawatan politik tu pasai apa? Pasai berbaloi-maloi sangat la tuh. Jangan la korang ingat tu semua pasal ‘nak berkhidmat untuk rakyat” umumnya dan khas untuk ‘memajukan bangsa melayu’. Agak kelakar bunyi keikhlasan sebutan tu.  Korang yang tergenang airmata kagumpilu mendengar tu memangla naïf dan benak..selamat datang ke Malaysian Political-Industrial Complex.

Jawatan politik memberi kuasa menjana kekayaan. Dari sekecil-kecil jawatan sehingga sebesar-besar jawatan, semuanya berkuasa mengikut sukatan masing-masing. Dan jawatan politik ini akhirnya akan memberikan jawatan dalam Cabang Eksekutif Negara.  Di sinilah penjanaan wang melalui kuasa eksekutif bermula.  Jawatan tertinggi menjadi pengilang kekayaan terbesar – tu la yang CEO juga nak menjadi CFO, Piem juga menteri kewangan – dituruti pengilang sederhana dan kecil, agen pengedar, pemborong- pemborong Bahagian dan peruncit-peruncit kekayaan di Cawangan, JKKK dan sebagainya. Kekayaan ini dijana dengan kuasa eksekutif melalui manipulasi pemberian kontrak tender terbuka dan tertutup, pembelian sebutharga, lesen dan permit, belanjawan bantuan langsung atau tidak langsung dan sebagainya. Dan yang cantiknya semuanya dibuat di atas keperluan affirmative action, reverse discrimination atau Bumiputera privilege position  yang dimaktubkan dalam DEB dan kononnya mengikut perlembagaan.  Ini lah industri politik yang memeras pembayar cukai melalui ketidakadilan economi-sosial. Perbelanjaan kerajaan yang semakin bertambah dengan saiz kerajaan yang besar meningkatkan lagi industri politik ke taraf hidup mati jawatan politik mesti dipertahankan kerana ianya kuasa penjanaan kekayaan.

Bagusla tu. Itu kalu semua merasa. Yang anehnya jurang antara yang miskin dan kaya di kalangan bumiputera adalah yang paling jauh jaraknya berbanding  bangsa lain. Mengikut persennya, bumiputera la yang mempunyai kelas pertengahan terkecil. Tak percaya..pi buat research sendiri.  Maknanya penjanaan kekayaan ini hanya berlegar di kalangan pemain-pemain dalam industri politik saja la. Haa..tu la yang kita marah nih. Dah degarkan yang kita ni masyarakat ‘Tuan’, apa yang tak kaya-kaya lagi ini…Dok jadi drebar, pekerja am, kuli dan kerani masyarakat ‘bukan tuan’ dulu, kini dan selamanya jugak. Pasai tu bila ada yang berniaga sikit, makbapak mula bising suruh masuk Umno atau rapat ngan orang politik Umno. Pasal kat situ je la industri yang berdayamaju bagi melayu. Sekali sekala nak jugak dengar makbapak suruh anak-anak masuk Umno supaya lekat sembahyang lima waktu..takda la pulak.
Oleh kerana kompleks industri-politik ini lah yang buat Presiden Umno penin nak taruk winnable candidates kalu bukan terdiri dari kepalaperang bahagian atau calun-calun yang sewaktu dengan mereka. Calun baru mahu mengambil alih gedung kekayaan yang dipupuk selama ini oleh kepalaperang dan anak beranak mereka? Pastu suruh kepalaperang tu menyokong dan menggerakkan jentera yang terbina dengan jerih peluh mereka untuk calun baru yang winnable tu? Tak winnable jugakla jawapnya.  Maka akhirnya terpaksala amik muka-muka yang dah muakjemu dipandang atau dianggap calun di luar zaman. Lagi tak winnable. Dan inilah senjata ampuh Pakatan Rakyat yang terakhir..perselisihan dan persengketaan dalaman Umno/BN mengenai calun-calun. Kompleks industri-politik terlalu besar dan menguntungkan untuk tidak matian berebut jawatan dan pencalunan.

Ini lah bahana terlalu lama berkuasa. Kekalahan ke tahap menjadi pembangkang dalam parlimen saja lah yang boleh membuatkan Umno hilang keangkuhan dan betul-betul bersedia berubah. 

Kalu sayangkan Umno..pastikanlah kekalahan Umno!

BONSAI