Mengkarung mengkarung yang galak sangat memfitnah aku dan keluargaku
Cuma aku berpegang pada etika tidak mahu mendedah identiti mereka yang tak berwajah
walaupun pernah melakukan nya pada seorang sahabat yang aku kesali kemudian nya.
Biarlah pembaca tak kenal siapa mereka tapi aku tahu siapa mereka dan siapa
yang mengarahkan mereka melakukan FITNAH ini..

Sejak seminggu dua ini beberapa ekur bloggers mengkarung Umno sibuk memfitnah aku dan keluarga aku dengan berbagai fitnah semata mata mahu membunuh kredibiliti aku dimata pengunjung dunia siber.Mengkarung mengkarung ini yang didalangi oleh beberapa orang bloggers OTAI Umno tanpa segan silu mengheret keluarga aku kekancah agenda mereka yang tidak aku faham untuk apa.Sapertimana galaknya mereka memfitnah pemimpin pemimpin pembangkang selama ini,begitulah ghairahnya mereka melakukan perkara yang serupa hingga terlupa tanpa mengira bulan Ramadhan yang mulia dan dalam keadaan berpuasa.

Aku difitnah kaki zina dan kaki ‘pukul bini’ sedang hakikatnya tidak ramai bapa yang tidak pernah menjentik anak anak mereka semasa membesarkan mereka.Tanyakan lah 9 putera dan puteriku sama ada mereka pernah aku jentik sejak kecil sehinggalah dewasa kini?Anda pasti terkejut dengan jawapan mereka.Kalau sembilan orang anak anak aku dibesarkan tanpa pernah merasa dijentik apatahlagi dipukul oleh bapa mereka...MASAKAN AKU PUNYA TABIAAT MEMUKUL ISTERIKU.Cuba kita fikir fikirkan…

Gambar aku dan keluarga semasa melawat Pak Habib seminggu sebelum puasa.
Anda lihat riak wajah mereka..adakah kami bukan keluarga yang bahagia?
Nantikan video pengakuan anak lelaki sulung aku(t-shirt merah) tentang bagaimana
bapa mereka mendidik mereka..

Aku mungkin spesis yang tak ramai termasuk Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas yang percaya dengan pendidikan anak anak tanpa perlu memukul mereka.Aku akan siarkan video pengakuan anak lelaki sulung aku dihadapan lebih 100 peserta yang menghadhiri seminar anjuran Pak Habib di Janda Baik bulan sudah tentang bagaimana dia dibesarkan tanpa pernah merasa dipukul oleh bapanya.

Kepada bloggers Umno KAKI FITNAH ini semua cukup cukuplah apa yang korang dah lakukan.Ingatlah kita ini orang Islam dan dalam bulan ibadah puasa.Walaupun perangai fitnah dan suka anjing menganjingkan orang tu dah jadi tabiaat korang,cubalah kawal sikit dibulan yang mulia ini.Untuk fitnah yang telah korang lontarkan kepada aku sebelum ini aku dengan berbesar hati memaaf dan mengampunkan korang semua,tapi untuk yang seterusnya korang berurusan sendirilah dengan Allah SWT di padang Mahsyar nanti.Sebagai saudara sesama Islam aku telah menjalankan tanggung jawap aku mengingatkan korang semua….

ASSALAM.

P/S : Untuk pengetahuan anda semua,walaupun blog ini kini dikendalikan oleh Bro Hud Hud tapi aku masih diberi penghormatan sebagai salah seorang dari Admin blog ini.Kalau boleh aku tidak mahu terlalu aktif berblog lagi dan hanya menjadi penasihat kepada generasi kedua blog APA ini.

Tapi jangan terlalu mencabar kesabaran aku kerana aku telah buktikan sejauh mana aku mampu pergi dan sejauh mana aku boleh berperang.Jangan kelak kerana terlalu fokus nak menyerang aku korang lupa dan abaikan tanggung jawap korang yang telah diberi dan dibayar itu..

Sekadar peringatan…I GOT NOTHING TO LOSE BEB…