Satu majlis meraikan anak anak yatim,mualaf dan fakir miskin berbuka puasa akan diadakan pada :

Tarikh : Sabtu 11hb Ogos 2012
Tempat : Cravencafe Bukit Antarabangsa,Ampang,Selangor.
Ini adalah tahun ke-3 majlis ini dianjurkan oleh seorang ‘HAMBA ALLAH’ yang tidak mahu kenali yang merupakan insan biasa yang bekerja makan gaji.Kali ini hampir seratus orang golongan istimewa ini akan di raikan oleh beliau dengan dibantu KAMI para pengunjung tetap cafe ini.
Cravencafe Bukit Antarabangsa

En.Najeeb tuanpunya Cravencafe
Jika ada sesiapa yang berdekatan dengan kawasan Ampang dan ingin menyumbang apa saja termasuk duit raya(kalau boleh jangan derma beras sebab dah banyak sangat) pada hari itu dijemput hadhir kemajlis ini.Ini merupakan golongan sasar yang terlepas pandang disebabkan sikap birokrasi pihak pihak berwajib walaupun pusat perlindungan ini sudah beroperasi hampir 10 tahun.
Harapan KAMI semua agar golongan ini tidak merasa saperti tersisih dari arus pembangunan negara dengan meraikan mereka setiap tahun dalam majlis yang begini.

Anak anak yatim yang diraikan tahun lalu
P/S : PESANAN KHAS BUAT NAJIB DAN PAK LAH
Ibu tunggal yang makan gaji pun tahu rasa simpati pada anak anak yatim,tapi KAMU berdua macamana?Aku bukan bercakap pasal anak anak yatim yang dah kalian berdua raikan sejak bermulanya puasa tapi anak anak yatim ‘yang wajib’ terpikul atas bahu kalian berdua sampai AKHIRAT….kalian berdua faham apa yang aku maksudkan kan????

Apa DS Najib tak boleh usahakan pasal ADVANCE dulu ke?Harapkan Pak Lah…pakat mati keraslah semua orang.