Jangan sampai terlondeh…

Bila usaha disabotaj-Timbalan Menteri koyak cek!

TINDAKAN mengoyak cek membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk parti dan kerajaan.

Pertelingkahan mereka berdua bukan lagi rahsia antara mereka malah telah menjadi rahsia umum dan hampir kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka dengan Timbalan Menteri tersebut semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.

Timbalan menteri ini adalah yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan beliau seperti Majlis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.

Memang wajar dan tepat sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dikatakan tidak pernah menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan ataupun agensi itu.

Kiblat ketua ini dikatakan pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.

Pun sebelum ini,sebelum dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!

Malah dikhabarkan juga bahawa pertelingkahan mereka ini telah pun sampai ke peringkat pengetahuan Perdana Menteri dan mengundang kemarahan yang bukan sedikit hingga terkeluar kenyataan tentang pertukaran ataupun mahu digantikan dengan orang lain.

Bila Perdana Menteri sendiri mengungkap perkataan tersebut,jelaslah kemelut ataupun pertelingkahan tersebut bukan lagi main-main dan satu tindakan drastic perlu dilakukan supaya ianya tidak terus menjadi virus yang boleh menjadi penghalang untuk kejayaan lebih besar dalam PRU13 nanti.

Ketua jabatan ataupun agensi ini dikatakan berkiblatkan kepada orang lain dalam beliau menerajui jabatan ataupun agensi itu dan Timbalan Menteri ini menyedari ada unsur-unsur sabotaj di atas segala gerakan yang beliau mahu lakukan demi kepentingan politik serta kerajaan.

Hingga satu peringkat Ketua tersebut mengarahkan Timbalan Menteri itu supaya menulis surat kalau mahu bantuan peruntukan daripada jabatan ataupun agensi.

Malah dalam beberapa perjumpaan ataupun mesyuarat,Timbalan Menteri tersebut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya terhadap tindakan ketua tersebut malah sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab,beliau sukar untuk mendapat kerjasama daripada jabatan itu.

Turut difahamkan juga dalam bulan Ramadhan ini berlaku beberapa kali pertemuan antara ketua dan pegawai-pegawai dalam majlis berbuka puasa tetapi sekalipun Timbalan Menteri tersebut tidak dijemput untuk hadir sama dan satu majlis berbuka puasa yang sepatutnya diadakan di selatan tanahair oleh Timbalan Menteri itu dibatalkan hanya kerana ketua jabatan itu tidak dapat hadir.Hebat ketua dari Timbalan Menteri !

Pertembungan kedua mereka ini dilihat akan menyukarkan banyak pihak untuk melaksanakan hasrat ataupun harapan Perdana Menteri bagi berdepan dengan PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini dan kita tidak menafikan bahawa Timbalan Menteri ini cukup gigih serta berkerja keras untuk menjayakan matlamat Perdana Menteri dan sudah tentu beliau akan menjadi kecewa bila gerakannya cuba dihalang oleh orang lain.

Perdana Menteri atau pun sesiapa sahaja termasuklah kedua mereka ini harus mengambll pendekatan untuk menyelesaikan kemelut tersebut kerana kita amat bimbang seandainya masih ada tangan-tangan ghaib mengurusakannya yang akhirnya menjadi petaka yang boleh menjejaskan gerakan semua pihak.

Tangan-tangan ghaib ini ternyata memang cukup menyusahkan dan ada juga yang mengandaikan kurangnya sokongan ketua ini terhadap Timbalan Menteri itu kerana sebelum ini Ketua tersebut adalah antara yang senior dalam jabatan ataupun politik dan sebab itulah Ketua ini tidak memandang tinggi keupayaan Timbalan Menteri yang dianggap junior itu.

Siapa Timbalan Menteri itu dan siapa Ketua yang dimaksudkan…terserah kepada anda untuk mengesahkannya.

KOMEN APA.
Aku tahu siapa dia KETUA AJENSI yang dimaksudkan oleh penulis dan tidak akan teragak agak mendedahkan nya jika diperlukan.Jadi kepada yang punya badan…agak agaklah kalau nak tunjuk kuasa kerana kerenah kau telah mengundang BLOGGER GILA ini turut campur sama.