Syukur Alhamdulillah majlis meraikan anak anak yatim,pelajar tahfiz dan ibu tunggal berbuka puasa di Cravencafe saperti yang dirancangkan berjalan dengan lancar.Majlis diserikan dengan alunan nasyid dari kumpulan Nasyid Masjid Bukit Antarabangsa sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Perkim Bukit Antarabangsa

Kali ini 40 orang anak anak yatim,15 orang pelajar tahfiz dan 20 orang ibu tunggal diraikan oleh seorang HAMBA ALLAH berbuka puasa sambil menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan barangan keperluan menyambut hari raya.Perkim Cawangan Wanita Bkt Antarabangsa turut menyumbang duit raya dan barangan kepada semua yang diraikan.

Kumpulan Nasyid Masjid Bukit Antarabangsa

Ini adalah tahun ke-3 golongan ini diraikan oleh HAMBA ALLAH ini di Cravencafe dan seakan sudah tradisi setiap kali tiba bulan Ramadhan.Diharap dengan izin Allah SWT program sebegini dapat diteruskan setiap tahun jika tidak oleh hamba Allah yang sama oleh individu yang lain,InsyaAllah.

ALHAMDULILLAH.