Aku tak boleh nak komen sebab aku tak berada disana tapi aku pelik dengan meja yang berlabel AY diatas dengan meja yang berlabel VIP dibawah.

Aku cuba jugak mencari dari album yang di post UMB-PPUM kalau kalau ada gambar golongan AYs makan tapi tak jumpa,yang jumpa cuma golongan VIPs makan dibawah .Aku harap kengkawan kat UMB yang ada rakam gambar boleh tolong uploadkan…Rasanya macam ada yang tak kena je….tk tau lah pulak kalau memang tak ada agenda makan untuk golongan AYs dalam program ini.

Nak kata bukan Majlis Berbuka Puasa,banner kat bawah menyatakan sebaliknya.Takkan pula jemput anak anak yatim pastu bagi mereka makanan dalam bekas plastik dan sudu plastik dengan air mineral satu…pastu suruh mereka balik?
Aku suka bersangka baik dalam hal ini apatahlagi majlis yang melibatkan UMB dan PPUM,jadi kengkawan tolong perbetulkan kat mana yang kurang dan upload gambar yang patut supaya tidak terbentuk persepsi yang negatif.Tolong ya ??? 

JANGAN BAGI NAMPAK PROGRAM BAGUS MACAM
‘ANTARA DUA DARJAT’….ITU JE