Tidak sampai satu minggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Idul Fitri setelah berpuasa hampir 3 minggu.Sejak minggu pertama puasa lagi aku telah mencetuskan kontrovesi bila menegur cara Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan MENDUADARJATKAN antara tetamu beliau dan anak anak yatim yang diraikan nya dalam satu majlis berbuka puasa yang di adakan di kediaman beliau.

Banyak serangan yang aku terima di ruang komen dan pasti ianya datang dari ahli ahli Umno yang tidak senang dengan penulisan aku itu.Ramai yang membela Ketua Penerangan Umno ini dan ramai juga yang menyokong kritikan aku itu.Datuk Ahmad Maslan sendiri tampil kehadapan membuat penjelasan melalui beberapa blog mengatakan sebaliknya tapi sehingga hari ini TIDAK ADA SATU BUKTI BERGAMBAR pun yang menunjukan beliau duduk bersila berbuka bersama sama anak anak yatim yang menjadi bahan kritikan aku itu.

Untuk tidak mahu memanjangkan isu aku buat tak tahu saja apa jua penjelasan telur setengah masak dari beberapa pihak yang masih ingin membela beliau.Matlamat utama aku ialah untuk memberi peringatan kepada SEMUA PEMIMPIN UMNO besar atau kecil agar berhati hati bila berurusan dengan anak anak yatim dan golongan fakir ini dalam keghairahan mereka mempromo diri mereka sambil berselindung disebalik program Majlis Berbuka Puasa Dengan…Memikirkan sejak awal lagi aku telah mengkritik Ketua Penerangan Umno aku berharap mesej penting bahawa anda semua sedang diperhatikan masuk kedalam CPU kepala hotak masing masing..

Walaupun aku mendapat undangan hampir setiap hari untuk berbuka puasa bersama pemimpin yang pastinya  melibatkan golongan fakir dan anak yatim tapi aku mengambil keputusan untuk tidak menghadhirinya kerana aku hampir pasti akan ada yang tidak kena yang akan aku lihat jika menghadhirinya.Kecuali majlis berbuka Tun Faisal/UMB yang tidak melibatkan golongan ini dan majlis meraikan golongan fakir,anak yatim,anak istimewa dan gelandangan yang dianjurkan DS Sharizat,DBKL,PBSM dan beberapa NGO yang berjalan dengan begitu santai saperti yang pernah aku tulis sebelum ini yang lainnya aku hanya memerhatikan melalui apa yang dipaparkan dimedia massa dan maya.

Kalau ditanya aku secara iklas..jawapan aku adalah,

KECUALI PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN NYA..PEMIMPIN UMNO YANG LAIN(BESAR ATAU KECIL) MASIH TAK SEDAR DIRI !!!! NOKHTAH.

Tanpa memikirkan yang kita dalam MODE menghadapi PRU13 bila bila masa sahaja,kebanyakan pemimpin Umno masih lagi berlagak dan terus mahu didewa dewakan bila menghadhiri majlis majlis berbuka puasa yang konon nya meraikan golongan anak yatim dan fakir.Wajib ada meja label VVIP, meja label AY,meja label  Anak Yatim dan ntah apalagi lebel untuk membezakan yang diraikan dan yang meraikan.Tidak sekelumit ada dihati mereka untuk korbankan sebulan Ramadhan ini untuk melakukan sesuatu yang lain dari biasanya saperti meletakan ‘golongan yang diraikan’ ini dimeja meja VVIP dan mereka pula mengambil tempat dimeja meja yang dikhaskan untuk golongan ini.

Apalah sangat ruginya kalau rata rata pemimpin Umno ada kesedaran yang sebegini dibulan Ramadhan kali ini apatahlagi dalam menghadapi PRU13 bila bila masa saja?Rugikah anda semua kalau tak dikompangkan sebagai pemimpin dan tidak didudukan dimeja saperti gambar diatas sebagai contohnya?
Sama ada anda didudukan dimeja bukan VVIP…dibawah meja…ditepi longkang atau diatas lantai sekalipun anda tetap pemimpin dimata rakyat.Inilah masa dan bulan nya yang paling sesuai untuk anda semua mendekati dan dekatkan diri anda semua dengan rakyat.Mungkin perkara remeh pada kebanyakan orang tapi impaknya dihati rakyat marhaen amatlah besar bila melihat pemimpin berjiwa besar.Impak yang boleh diterjemahkan dikertas undi dan menentukan sama ada anda terus jadi pemimpin atau tidak selepas PRU13.Ini tidak…
Berlagak tak habis habis dengan sayap yang dirasakan kembang umpama helang boleh terbang saperti dahulu sedang hakikatnya yang tinggal hanyalah bulu bulu basah yang tidak mampu membawa anda terbang setinggi dan sejauh dahulu.Insaflah wahai pemimpin..rakyat sedang memerhatikan gerak geri anda dengan penuh minat.
Apa salahnya anda semua korbankan ramadhan kali ini untuk memenangi hati rakyat?Apa mati ke kalau tak duduk berbuka dimeja VVIP?Sedangkan apa yang anda makan walau dimeja apa sekalipun akhirnya kelubang tandas juga sisanya akan dibuang dalam tempuh 24jam,sedangkan peluang mendekati dan memenangi hati rakyat dengan melakukan apa yang aku sarankan tadi terlepas begitu saja kerana sikap angkuh dan sombong anda semua.Apa penting sangat kah PROTOKOL tu?
Bolehkah anda duduk dimeja VVIP lagi sebagai pemimpin jika ditakdirkan di Ramadhan tahun hadapan anda semua mungkin bergelar pemimpin parti pembangkang kerana rakyat enggan mengundi anda lagi?Bukan sahaja kemungkinan untuk Ramadhan tahun hadapan bahkan untuk 4 atau 5 Ramadhan yang akan datang jika Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putra Perdana.Apa tidak pernah kah terfikir dibenak hati korang semua akan kemungkinan ini?
Aku melihat bukan saja dikalangan pemimpin Umno bahkan para Ulamak baik yang tua atau yang digelar Imam Muda yang turut menghadhiri majlis majlis sebegini,buta mereka tiada bezanya dengan pihak yang menganjurkan majlis.Berkokok bergegar gegar diatas pentas mengingatkan yang hadhir,tapi buta hati untuk melihat keadaan sekeliling sambil menegur.Tak pastilah kalau memang mereka terlepas pandang atau tiada keberanian untuk menegur?
Aku tutup artikel ini dengan peringatan saperti diatas untuk anda semua yang bergelar pemimpin Umno.Jika/bila perkara diatas benar benar menimpa keatas diri anda kelak,anda hanya diri anda untuk disalahkan kerana tidak peka,angkuh dan sombong untuk berubah.
Sia sia usaha PM dan TPM cuba mentranformasikan politik Umno siang dan malam bila kebanyakan pemimpin Umno masih bingal dan leka dengan angan angan dan berlumba lumba untuk jadi PEMIMPIN PEMBANGKANG tahun hadapan.WaAllahu’alam.