Tiba tiba terkenang zaman kecil aku menyambut raya.Masa tu meriam buluh atau main perang perang adalah aktiviti wajib malam raya,apatahlagi masa itu mercun belum lagi diharamkan.Mercun melambak lambak dijual,yang tak adanya cuma duit nak buat beli mercun…heh heh heh.Meriam buluh adalah permainan orang dewasa dan aku hanya jadi penonton sahaja.

Mengenang kembali nostalgia itu aku siarkan video kemeriahan perang meriam buloh yang dirakamkan sekitar negeri Perak dan tak pasti bila.