Bercakap pasal budaya menyambut hariraya bagi golongan post Merdeka ibukota macam aku ini dengan budaya menyambut raya yang ada sekarang amatlah jauh berbeza.Anak anak post merdeka 1957-1967 macam aku ini walaupun duduk di ibukota Kuala Lumpur tetapi masih mengamalkan budaya berhariraya saperti yang diamalkan dikampung kampung.

Tapi setelah meningkat dewasa dan dikurniakan anak anak serta cucu aku melihat budaya menyambut hariraya sapertimana yang aku alami semasa kanak kanak sehingga remaja sudah makin dilupakan,yang masih tinggal hanyalah solat sunat AidilFitri dan rumah terbuka.Arus pembangunan dan kemodenan negara hari ini telah merubah cara hariraya disambut oleh masyarakat kota hari ini.Masyarakat kota yang masih ada saki baki paksi mereka dikampung asal mereka,masih lagi boleh merasa budaya menyambut raya ala kampung bila setiap kali menjelang hariraya mereka akan meninggalkan kotaraya ini untuk pulang berhariraya dikampung masing masing.

Tapi bagi masyarakat kota yang hanya ada ibukota ini sebagai kampung halaman mereka suasana yang pernah dirasai dan diamal dulu sudah banyak berbeza.Hariraya pada masyarakat kota hari ini adalah hanya ibarat ritual yang diulang tahun demi tahun dan terus akan berubah apatahlagi buat generasi yang lahir selepas tahun 1980.Hariraya adalah hari masyarakat kota kemasjid untuk solat sunat AidilFitri,kemudian nya menziarahi kubur,lepas itu melawat rumah adik beradik dan sanak saudara yang juga tinggal di ibukota,kemudian balik kerumah menunggu kunjungan balik adik beradik dan sanak saudara yang dikunjungi awal tadi dan menjelang petang semua aktiviti raya hari pertama selesai.

Seterusnya hanyalah aktiviti keluarga menonton tv dengan lambakan program program hariraya dari stesen stesen tv sama ada yang berbayar ataupun yang percuma.Tiada salam ziarah yang akan kedengaran dipintu rumah atau pintu pagar kerana hampir semua jiran jiran telah pulang kekampung masing masing.Kawasan kawasan perumahan akan menjadi sunyi dan sepi kerana kebanyakan warganya tiada dirumah sama ada pulang berhariraya kekampung masing masing atau pergi bercuti kedestinasi masing masing.Jadi budaya ‘rumah terbuka’ yang biasa diamalkan akan menjadi budaya ‘rumah tertutup’ selepas raya pertama kerana kebanyakan keluarga lebih senang bersama keluarga masing masing menonton tv dan tidor.

Rumah terbuka bagi masyarakat kota hanya berlaku seminggu selepas 1 Syawal bila wargakota kembali dari kampung masing masing dan mula mengadakan ‘rumah terbuka’ mereka.Kegilaan mengadakan rumah terbuka ini akan berlanjutan sehingga ke penghujung syawal dan hampir setiap tahun ada saja yang sampai terlajak 2 atau 3 hari selepas habis Syawal.Konsep rumah terbuka seminggu lepas Syawal ini selalunya bukanlah terbuka sangat pun sebab ianya lebih kepada terbuka kepada ‘jemputan’ kepada kenalan terapat hostnya.Hampir setiap hari masyarakat kota akan terpaksa memenuhi 4 atau 5 undangan rumah terbuka atau mungkin lebih.Jadi tidaklah menghairankan bila masyarakat kampung dah sunyi sepi   dan melupakan sambutan AidilFitri tahun itu,masyarakat kota masih meriah menyambutnya hampir sebulan.

Dengan kepesatan pembangunan dan arus kemodenan yang terus dan bakal berlaku dalam masyarakat kita dimasa akan datang,apakah tidak mustahil konsep menyambut hariraya ini akan terus berubah wajah bagi mengisi kekosongan jiwa wargakota yang ingin menyambut raya cara masyarakat kota?

WaAllahu’alam.