Rata rata anak,isteri dan menantuku berpakaian warna hijau,kuning dan jingga.
Apakah suratan atau kebetulan..?

Aku cuma dapat melelapkan mata tak sampai 2jam pagi ini.Aku terjaga sekitar jam 5 pagi tadi dan gagal melelapkan mataku kembali.Wajah wajah kecewa mereka mereka yang begitu bergantung harap akan ada sesuatu untuk Syawal kali ini bermain main difikiranku.Wajah munafik Pak Lah dan ‘anjing anjing’ belaan nya juga turut bermain difikiran.Dah lama aku tidak bersama keluargaku,aku jengah satu persatu bilik dimana isteri dan anak anak aku sedang nyenyak tidur,isteri dan anak anak yang terus memberikan aku semangat walaupun dah berulang kali hajat mereka dihampakan

Pagi Syawal…semua keluargaku berpakaian sama ada warna hijau,kuning atau jingga.Terfikir juga dihatiku..apakah ini petanda?Kerana tanpa diatur warna HIJAU menjadi warna tema kebanyakan ahli keluargaku menyambut AidilFitri kali ini.Warna HIJAU yang kerap bermain difikiranku sejak kebelakangan ini…Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku amat menggemari warna HIJAU?

Mungkin ada sesuatu disebalik warna hijau itu…Waallahualam.

Dakapan sayu seorang isteri sambil memohon ampun…
Airmataku mengalir tak mampu ditahan…
Biarlah gambar berbicara tentang hubungan kami sekeluarga,walaupun ramai musuhku diluar sana yang mencerca,menghina dan memfitnah kami sekeluarga tanpa rasa bersalah.Mungkin tidak pernah terfikir difikiran mereka bahawa ini zaman ‘cash and carry’ dan Allah akan ‘bayar tunai’ apa yang kita lakukan didunia ini tanpa perlu menunggu hari pembalasan.