Semua gambar gambar disini adalah kredit kepada 
Saudara Mazidul Akmal Sidik.

Menjenguk blog sahabat Bersama Mazidul aku terjumpa artikel yang menarik ini DISINI.Mungkin pada mereka yang anti Pas dan Nik Aziz ini akan dijadikan modal untuk memperlekehkan situasi ini sebagai tanda betapa buruknya keadaan kehidupan rakyat dinegeri bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang.Tapi pada anak jati Kelantan dan orang luar yang mampu melihat dengan mata hati kepada yang lebih tersirat ianya sesuatu yang amat unik dan tidak berlaku dinegeri lain dan kalau kita gandakan pengelihatan mata hati kita maka akan terlihat kegagalan sesetengah pihak yang menjadi pemegang amanah kepada golongan asnaf ini bukan sahaja dinegeri Kelantan bahkan juga seluruh negara.

Aku petik penjelasan seorang anak jati Kelantan yang memanggil dirinya berkata yang aku petik dari ruang komen artikel Mazidul,menerangkan tentang duduk perkara sebenar situasi ini agar kita semua tidak cepat membuat andaian dan menjatuhkan hukuman tanpa mahu memahami situasi dan tradisi yang telah berpuluh tahun diamalkan dinegeri Kelantan.WaAllahu’alam….

 

berkata…

Golongan ini akan berkumpul sebegini setahun sekali pada petang hari terakhir Ramadhan, hanya di sekitar Padang Bank / Masjid Muhammadi di Bandar Kota Bharu. Tiada di tempat lain di negeri Kelantan seperti ini.

Sebenarnya ini adalah satu amalan tradisi di Kelantan sejak puluhan tahun yang lampau, tiada kaitan dengan kerajaan yang memerintah atau dasar parti tertentu … Tanyalah siapa sahaja anak jati Kota Bharu Hilir, mereka akan mengesahkan tanpa prejudis.

Golongan asnaf fakir akan datang bersama beras dalam jumlah segantang Baghdad (sbgmana kelihatan dalam kampit plastik dalam foto tuan). Sesiapa yang ingin membayar zakat fitrah tanpa melalui majlis agama negeri akan mendatangi asnaf2 yang duduk ini dan akan berurusan dengan akad begini :-

Penzakat : Berapa harga segantang beras nih ?
Asnaf : RM7 sahaja tahun ni.
Penzakat : Saya beli dengan RM7.
Asnaf : Saya jual.
Penzakat (kpd asnaf yang sama) : Tuan, saya zakatkan segantang beras ini kepada tuan atas diri saya bagi menunaikan zakat fitrah bagi tahun ini.
Asnaf : Saya terima …

Demikianlah adanya. Bukan mereka yang meminta disedekah beras atau bukan juga beras itu hasil sedekah, kerana ada pernah saya perhatikan sesetengah bukan Muslim yang prihatin, tetapi tidak faham akan perkara ini, datang menambahkan beras dalam kampit tersebut sambil si asnaf melihat tersengih …

Demikianlah adanya wahai Tuan. Tatkala si asnaf berbuat demikian. Si anak-anak (jika ada) pula ada yang akan menyerbu orang ramai / kereta untuk meminta sedekah.

Apa yang menarik, tidak semua bahkan saya yakin majoriti yang berkumpul ini bukan warga negeri. Mereka datang dari Negeri-Negeri Melayu di sebelah utara bernama Menara, Pattani dan Jala ..

Sekian. Maaf panjang. Sekadar menerangkan sebelum ada yang tersalah sangka dan menabur apa yang salah.