Kalau kita boleh jadikan seruan Tun Mahathir itu sebagai satu imej..
lebihkurang beginilah rupanya….correct,correct,correct.

Kadang kadang bila kita suka bercakap dan tidak tahu bila kita harus berhenti bercakap akan timbul masaalah kita akan tersalah cakap.Ini yang berlaku bila Tun Mahathir menyeru pengundi supaya terus mengekalkan kerajaan yang sedia ada yang beliau ibaratkan sebagai “SYAITAN YANG KITA KENALI” dan menolak Pakatan Rakyat yang diumpamakan beliau saperti ” MALAIKAT YANG KITA BELUM KENAL”.Memanglah ianya hanya sekadar perumpamaan tapi menggunakan perbandingan diantara SYAITAN dengan MALAIKAT dan menyeru agar memilih SYAITAN dibandingkan MALAIKAT agak keterlaluan dan ianya pasti mencetuskan persepsi yang berbagai mengikut bagaimana kita hendak mentafsirnya.Sama lah kalau kita macam membuat perbandingan seorang IBU MITHALI dengan seorang PELACUR dan kita panggil pengundi kita pilih PELACUR.

Jadi anda pilihlah sama ada anda mahukan MALAIKAT ataupun SYAITAN ?

P/S : Kalau ikut perumpamaan aku lagi mudah…”Anda nak undi PENYAMUN ke atau PEROMPAK?Kah kah kah