Apakata anak beranak yang duk berperang tak habis habis ini Barisan Nasional temukan dalam PRU 13 nanti sebagai calun ‘winnable’ mereka?Apakata BN turunkan Mak Tom sebagai calun mereka untuk merampas kerusi Parlimen P098 Gombak dari anaknya Azmin Ali  dan Umi Hafilda sebagai  calun BN untuk merampas N19 Bukit Antarabangsa yang akan dipertahankan oleh Azmin?

Seronok kan kalau kita dapat tenguk 3 beranak ini selak kain masing masing secara live dipentas pentas ceramah PRU nanti?Lagipun tanpa diminta selama ini pun Umi dan Mak Tom memang dah secara sukarela menjaja kisah keluarga mereka untuk dinilai umum,jadi takde masaalah lah kalau mereka jadikan ini sebagai kerjaya sepenuh masa mereka pulak.

Lagipun…

Pastinya akan terubat rindu Mak Tom selama ini terhadap anaknya Si Tanggang Moden ini bila boleh selalu bergesel bahu dipentas pentas ceramah politik kelak?Amacam….?

Jadi Perdana Menteri pun tak perlulah nak pening kepala untuk cari ‘CALUN WINNABLE’ bagi kawasan Ampang dan Gombak jadi Dato Mail Kijo dan Haji Rahim boleh rihat rihat sambil tolong Umi dan Mak Tom tampal poster kempen malam malam.Lagipun Dato Mail dan Haji Rahim masih ada kuota kosong untuk ambil Umi sebagai “cawangan baru” mereka…he he he.