Lakon layar 1…kuih masih dalam plastic wrapper lagi
Lakon layar 2…pose tuangkan air.Dah mula makan ke belum?
Lakon layar 3...pose hulur juadah.Dah mula makan ke belum?
Nota: Kalau 3 gambar diatas nak dijadikan bukti,cuba cari gambar lain dalam aksi yang neutral boleh?

Tiga gambar diatas aku petik dari blog sahabat aku Mat Kilau Penang yang konon nya menjawap persoalan yang aku lontarkan dalam 2 artikel sebelum ini http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/08/jangan-menfitnahkuda-tua-blogger-apa.html tapi sebenarnya “duk pi duk mai duk tang tu jugak” dan lansung tidak menjawap persoalan pokok aku,“aku nak tenguk gambar Ahmad Maslan makan dengan anak yatim”…aku ulang dalam huruf bold soalan yang payah sangat bloggers UMB semua nak faham…

‘ SILA TUNJUKAN GAMBAR AHMAD MASLAN SEDANG MENJAMU SELERA DENGAN ANAK ANAK YATIM DILANTAI DAN BUKAN GAMBAR DIA SUAMI ISTERI POSING SEOLAH OLAH MEREKA DUDUK MAKAN DENGAN ANAK YATIM’

Aku nak tenguk gambar jenis macam ini…

Kalau 3 gambar diatas nak dijadikan sandaran sebagai ‘BUKTI’ yang konon nya Ahmad Maslan memang berbuka dilantai bersama sama anak yatim.lu silaplah sahabat MKP..sebab 3 gambar diatas aku dah tenguk di portal Warta Rakyat dan telah aku teliti sebelum aku keluarkan artikel yang menyindir Ahmad Maslan tempohari.Sila teliti betul betul 3 gambar diatas..ianya cuma gambar Ahmad Maslan dan isteri dia posed (lakun) tuangkan air dan hulurkan juadah berbuka kepada anak yatim dan waktu itu belum waktu berbuka pun.Sebagai blogger yang selalu cover program macam ini  kita sama sama tahu apa jenis shot yang perlu ada dalam program macam ini dan kita sebagai photographer selalu minta pemimpin melakukan aksi tertentu untuk kita up dalam artikel kita untuk tujuan yang kita sama sama faham.Setuju tak?

Jadi 3 gambar diatas cuma sekadar ‘gambar aksi’ untuk tujuan promo dan bukan situasi sebenar Ahmad Maslan sedang menjamu selera dengan anak anak yatim saperti yang aku minta.Penerangan tentang 3 gambar itu aku sertakan bersama setiap gambar saperti diatas.Bagi mata yang tidak mahu ambil peduli situasi 3 gambar diatas tiada apa cacat celanya dengan gambar itu.Tapi bagi mata tajam ‘KUDA TUA’ berminda kritikal macam aku ini,ianya tidak memuaskan hati aku.Samalah juga program Tadarus Pemuda Umno Malaysia yang juga tidak terlepas dari sindiran aku atas perkara yang sama dan menjadikan aku bahan belasahan bloggers UMB hingus tak berapa nak kering kerana tidak dapat menerima teguran blogger KUDA TUA yang pernah menjadi teman seperjuangan mereka semasa aku bersama UMB satu masa dulu.

Aku bukan pun menyerang UMB tapi sekadar menegur apa yang aku lihat tidak kena dengan cara penyampaian artikel mereka sama ada diblog rasmi UMB atau blog peribadi mereka sendiri.Bayangkan mereka memperlihatkan boss mereka Tun Faisal dengan senyum lebar gembira menghadapi juadah berbuka dimeja VIP dan dalam masa yang sama hanya gambar ‘golongan AY’ yang hanya diperlihatkan seolah olah hanya ada makanan dalam plastik dan satu air mineral…Itu yang aku persoalkan sebenarnya !!!!Tenguk 3 gambar dibawah yang dipost blogger UMB dalam blog mereka sendiri.

Apa tujuan blogger UMB mengeluarkan gambar macam ini diblog mereka?
Ada ‘agenda tersembunyi’ nak kenakan boss korang ke?

Apakah sebenar yang ‘tersembunyi’ yang cuba digambarkan tentang Tun Faisal disitu?

Salah kah aku sebagai kuda tua menegur secara kiasan?Aku rasa aku tak perlu tulis penjelasan saperti yang aku sedang lakukan sekarang ini jika ‘budak budak berhingus’ UMB ini berlapang dada dan cuba mencari klu tentang apa sebenarnya niat aku menulis artikel sindiran itu.Ini tidak…baru beberapa bulan berblog dan dah ada ranking yang baik mula besar kepala tak boleh ditegur.Cepat saja mereka nak memangkah aku mengetahui aku ini jenis orang yang lebih kurang.

Tapi…

Bila boss mereka Tun Faisal dan UMB rumah mereka berteduh diserang bertali arus berkali kali oleh suatu pihak sebelum ini tidak pula mereka kehadapan membela.Sama ada mereka memang tak ada kerandut atau nak jaga body aku pun tak pasti.Yang kehadapan membela berkali kali adalah orang yang sama iaitu balik balik Yuseri dan Rio,yang lain mana????

Tapi bila aku tegur sedikit dan bukan serang pun,macam harimau garang tiba tiba semua nak datang menerkam aku.Semua nak tunjuk terrer walau hakikatnya tak terrer mana pun.Aku ni bukan jenis kisah sangat pun atau jenis penakut!Kalau korang rasa korang punya masa untuk berkonfrontasi dengan aku…aku no hal punya.Jangan nanti korang takde kerja lain terpaksa menepis asakan aku sampai tak boleh buat kerja yang dipertanggung jawapkan keatas korang oleh UMB.

Aku nak bagitau korang…kalau aku tak hebat bab psywar ini aku takkan berada dimana aku berada sekarang ini.Kalau aku tak hebat aku takkan boleh rampas ‘Mahkota PapaGomo’(maaf ya papagomo gua terpaksa sebut nama lu sebab nak kasi sekolah budak2 hingusan ini) yang dia pegang selama 2 tahun setengah.Korang ingat title tu datang secara sendiri tanpa kerja keras dan halatuju yang aku rangka sendiri?

Aku bukan nak takbur tapi sekadar nak bagi korang sedar dengan siapa korang nak cari masaalah ini?Kalau korang rasa nak try…macam aku kata…aku no hal.Tapi atas dasar persahabatan aku dengan Tun Faisal dan rasa hormat aku pada dia yang tidak pernah berkurangan aku nasihatkan eluk rasanya korang standown dan fokus tugasan korang dengan UMB dari mencari pasal dengan kuda  tua ini.

Korang nak dengar atau tidak AKU PEDULI APA !

P/S : Kepada bloggers Keris7Lok,JawaBer6,Pena apakenama yang sebelum ini cuba cari hal dengan aku tolong duk tepi dan jangan campur hal ini.Aku dah melupakan hal ini tapi HE yang korek balik untuk diperdebatkan kembali,jadi aku cuma sambut je..

Kalau korang berhajat aku pun tak kisah,tapi bila ‘boss’ korang kena attack kenapa korang menikus saja tidak berani kedepan membela?Bukan sekali tapi berkali kali,itu yang aku pelik….

Jadi tak payah nak tunjuk hebat dengan aku…masak korang aku kerjakan nanti.Jadi fikir..korang nak buang masa dengan aku atau korang nak tumpu lawan Pakatan Rakyat?I got nothing to lose…