Komen diatas datangnya dari sahabat aku blogger Harapan Esuk dari UMB yang mengatakan aku memfitnah program bertadarus berbuka puasa Pemuda Umno Malaysia bersama anak anak yatim yang pernah aku siarkan dalam bulan puasa lalu DISINI.Blogger Harapan Esuk merupakan salah seorang warga UMB yang amat rajin dan aktif menghadhiri program program yang melibatkan Umno terutama sayap pemudanya,jadi aku faham perasaan terkilan beliau terhadap posting aku berhubung program diatas.

Aku suka bersangka baik dalam hal ini sebab itu aku menegur kesilapan teknikal artikel yang dipaparkan diblog UMB dan Lensaloka yang merupakan Photoblog UMB berhubung bukan sahaja program bertadarus Pemuda Umno bahkan sejak awal puasa lagi program berbuka puasa bersama anak yatim yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Dato Ahmad Maslan.Dalam kedua artikel aku itu aku mohon pada sahabat sahabat UMB yang ada menghadhiri 2 program ini agar memuatnaik gambar gambar golongan AY ini sedang berbuka puasa tapi sampai kesaat ini belum ada yang berbuat demikian walaupun kita sudah nak menghampiri seminggu bulan Syawal.

Tujuan aku membuat permohonan terbuka begitu agar kedua dua program yang amat baik ini jangan tercemar dek persepsi orang yang membacanya bila tiada gambaran tentang betapa gembiranya anak anak yatim ini diraikan oleh tuanrumah baik Dato Ahmad Maslan atau Pemuda Umno Malaysia.Mungkin remeh bagi kebanyakan orang tapi artikel artikel yang dipaparkan oleh blog UMB,Lensaloka dan beberapa blog UMB yang lain seolah olah menggambarkan saperti wujud diskriminasi ANTARA DUA DARJAT terhadap golongan ini walaupun tanpa disengajakan.

Saperti dijelaskan tuanpunya gambar gambar yang aku petik (Harapan Esuk) saperti komen diatas,kamera dia kehabisan battery dan tidak sempat merakam gambar gambar “saat bahagia” golongan AY ini menikmati juadah berbuka dan dia ketika itu sedang menjalankan kewajipan nya terhadap Allah bersolat Maghrib,jadi aku bersangka baik dengan alasan yang diberinya.Tapi bila kedua dua program yang aku kritik ini memberi alasan yang sama kenapa gambar tidak sempat dirakam ianya tidak menjawap isu yang aku bangkitkan bahkan menambahkan persoalan yang baru.

APAKAH ADA PERKARA YANG MAHU DISOROKAN?

Sebagai orang yang pernah bernaung dibawah UMB aku agak familiar dengan SOP bloggers UMB dan aku cukup faham tentang KPI Tun Faisal berhubung program yang melibatkan tugasan merakam gambar oleh bloggers UMB bila menghadhiri sesuatu program dan kelengkapan lengkap yang mereka ada.Jadi bila alasan diatas diberi ianya agak meragukan dan menimbulkan persoalan baru,apakah ada yang tidak kena sehingga gambar insan insan golongan AY ini sedang makan tidak boleh disiarkan?Itu cuma persoalan dan bukan nya tuduhan apatah lagi FITNAH saperti tuduhan yang dilemparkan Harapan Esuk terhadap artikel aku sebelum ini.

Memandangkan mungkin dalam kedua dua program ini blogger blogger UMB yang bertugas sama ada sedang asyik menikmati juadah berbuka atau sedang kusyuk bersolat  Maghrib dan kehabisan battery tanpa membawa battery spare serta battery Blackberry mereka juga turut sama kong,maka wajarlah bagi mereka untuk mendapatkan gambar dari ratusan tetamu yang hadhir dengan ratusan phone camera kalau pun tidak membawa kamera yang pasti ada merakamkan saat saat itu.Iklankan saja diblog masing masing dan aku pasti akan ada ratusan gambar yang akan sampai ke email masing masing.Apa macam bro semua?Ok tak saranan aku itu?

Dari cuba menegakkan kebenaran dengan meninggalkan ‘komen bodoh’ saperti diatas diblog aku ini,ada lebih baik korang semua usahakan apa yang aku sarankan diatas.Kalau kelak ada gambar gambar yang aku minta itu aku tidak akan teragak agak membuat pembetulan persepsi dan memohon maaf secara terbuka kepada semua terlibat.Amacam cantik tak…?

ADA BERANI..???

Cuba belajar cara bekas blogger UMB sahabat Amrray rakam gambar dan video program sama anjuran Dato Hishammuddin.Ini baru betul buat kerja dengan betul…