Kebanyakan perantau yang pulang berhari raya ke kampung tempohari telah pun kembali ke ibukota.Kedai kedai mamak atau restoran ‘warung sembang’ 24jam kini telah kembali riuh rendah dengan pengunjungnya saperti biasa selepas menyepi untuk beberapa hari kerana cuti hariraya dan warung sembang tempat kegemaran aku tidak terkecuali.

Inilah waktunya kita dapat mengumpul cerita cerita dari kampung yang dibawa pulang oleh perantau dari pelusuk negara.Bukan cerita pasal sambutan HARIRAYA dikampung tapi yang paling penting apa sentimen masyarakat kampung atau luar bandar terhadap PILIHANRAYA.

Sejak semalam aku telah berkunjung kehampir 6 lokasi popular warung sembang disekitar Ampang untuk mengetahui sendiri sentimen masyarakat kampung terhadap Pilihanraya yang bakal diadakan bila bila masa sahaja.Disamping bertanya kepada perantau perantau yang memang aku kenal aku juga tidak melepaskan peluang bertanyakan kepada mereka mereka yang tidak aku kenali secara rambang dan spontan.Saja aku gatal nak buat survey aku sendiri tentang sentimen masyarakat luar bandar terhadap kerajaan hari ini untuk mengetahui prospek sebenar yang bakal menanti Barisan Nasional di PRU13 nanti.Mungkin survey aku ini tidaklah sehebat Merdeka Center atau mana mana ajensi kaji selidik,tapi aku sekadar ingin mendengar sentimen dari kampung yang dibawa balik anak perantau ini untuk aku merumuskan sendiri secara kasar dan secara peribadi sentimen masyarakat kampung/luarbandar terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Untuk berlaku adil aku catitkan setiap kampung asal para perantau ini supaya ianya meliputi setiap negeri di Malaysia dan tidak terkecuali sahabat sahabat aku yang beristerikan wanita Sabah dan Sarawak dan mereka mereka yang tidak aku kenali yang juga berasal dari sana.Setakat ini aku dah menemubual hampir 200 orang responden dari berbagai latar belakang,umur dan jantina dan dari berbagai lokasi seluruh negara.Setakat yang dapat aku kumpul dari 200 respondan ini…it is not a good news for BN.

Apapun aku mensasarkan untuk menemubual antara 1000 ke 1500 respondan diberbagai lokasi warung sembang sekitar Lembah Kelang dalam beberapa hari ini sebelum membuat rumusan akhir.Kesempatan menghadhiri rumah rumah terbuka yang bakal diadakan juga aku pasti akan membuka peluang untuk aku bertanya perkara yang sama.Aku akan berlaku adil dalam rumusan aku kelak tanpa mengambil kira sentimen peribadi aku terhadap mana mana parti pun atau sesiapa pun.